SURAT TERAKHIR SUAMI SEBELUM TERJUN BUNUH DIRI DI JAMBATAN PULAU PINANG...

Jambatan Pulau PinangSurat Terakhir Suami Sebelum Terjun Bunuh Diri di Jambatan Pulau Pinang

Hari ini kecoh di media sosial dengan kisah seorang lelaki melayu yang bertindak diluar kawalan manusia normal. Kerana dek tindakan undang-undang dan hutang dari rakan-rakan, lelaki ini bertindak terjun dari jambatan Pulau Pinang.
Kisah ini sehingga kini menjadi trending di laman sosial dengan ribuan perkongsian di laman sosial.
12
Ikuti laporan penuh yang dikeluarkan oleh The Reporter
Kerana tertekan dengan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap dirinya berhubung kes rokok dan hutang dengan rakan-rakan, seorang lelaki mengambil bertindak membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, pagi tadi. 
Mangsa, Mohd Shukri Saad, 39, telah memuatnaik ‘surat’ luahan yang panjang lebar di laman Facebook, sebelum berbuat demikian. 
Difahamkan, mangsa pernah dikenakan tindakan undang-undang berhubung kes penjualan rokok murah pada tahun 2012. Namun tarikh perbicaraan dijadualkan semalam di mahkamah. Namun ditundakan atas sebab yang tidak dinyatakan. 
Mohd Shukri mengaku perbuatannya itu salah, tetapi mempertikaikan hukuman yang dikenakan terhadapnya dan mula menyalah kerajaan di atas apa yang berlaku. 
Tertekan dengan apa yang berlaku, Mohd Shukri mengambil keputusan untuk ‘mengorbankan’ dirinya dengan terjun dari Jambatan Pulau Pinang dan menyatakan sebelum ini juga dia kerap bermimpi dirinya lemas di lautan. 
Dalam surat itu juga Mohd Shukri meminta orang ramai tidak mengecam isteri dan anaknya di atas perbuatannya itu. Malah, meminta orang ramai mengambil berat akan mereka berdua apabila dia sudah tiada. 
Mohd Shukri juga sempat memohon maaf pada isterinya Nur Azianti doi atas segala kesusahan yang ditimbulkannya selama ini.
Lapor Harian Metro, mangsa dikhuatiri lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, jam 8.30 pagi tadi. 
Mangsa meninggalkan sebuah motosikal jenis Modenas dan telefon bimbit di atas jambatan sebelum terjun. 
Sehingga kini, 12 pegawai dan anggota Bomba dari Balai Bomba Sungai Bakap serta Unit Marin Bomba sedang mencari mangsa.
Laporan Asal: The Reporter
3456
berjaya-diselamatkan
UPDATE TERKINI! Info yang mula tersebar di group whatsapp mengatakan lelaki yang cuba untuk bunuh diri ini berjaya diselamatkan oleh kaki pancing yang memancing di bawah jambatan. Namun kesahihan berita ini belum diketahui. Mohon rakyat Malaysia mendoakan supaya lelaki ini selamat dan gagal untuk bunuh diri.

Sumber: blogammar
loading...

No comments

Powered by Blogger.