Teruk Dihentam Kerana Viralkan Nurse Makan Gaji Buta. LELAKI Ini Mohon Maaf Dengan Alasan TAK LOGIK !!!

Teruk Dihentam Kerana Viralkan Nurse Makan Gaji Buta. LELAKI Ini Mohon Maaf Dengan Alasan TAK LOGIK !!! | Jururawat mkn gaji buta kerana baju hospital? Apakah saudara Badruz sudah minta elok2 atau buat harta hospital mcm harta sendiri? I will reply on viral issue later… parking jap!

JAWAPAN dari Sahabat saya:




1) Semua Jururawat adalah manusia..We are human not perfect..Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kita yang manusia ni…Pasti akan melakukan kesilapan antara sedar atau tidak..

2) Jururawat-II yg bertugas juga ada keluarga bagaikan anda semua..Anak-II,isteri,suami,ibu ayah.Pendek kata jururawat-II juga mempunyai insan-II yg memerlukan perhatian mereka.Jadi kamu fikirkanlah,macam mana nak tidur siang sedangkan anak-II pun nak kena tengok,suami pun nak kena bagi makan WALAUPUN malam hari kena kerja.

3) Jururawat-II juga adakalanya tak sempat nak makan dan solat..Pengalaman sendiri kalau kerja pagi datang kerja dapat minum air pun da syukur nikmat.Kalau kerja petang pulak nak solat asar dan marghrib terkejar-II.Kadang solat dihujung waktu

4) Kami yang jururawat ni nak pergi tandas membuang air kecil ke besar ke tak sempat.Hish malu nak cerita..Tapi inilah hakikat tugas Jururawat..Kalau nak pergi tandas rasa serba salah sebab kena tinggalkan pesakit( walaupun 5 minit).

5) Kadang-II kami kena marah dengan ibu bapa kami atau saudara mara kami,sebab bila kenduri kami tak dapat balik.Atas alasan kerja.Pesakit ramai terpaksa kami korbankan..Kalau kamu ada saudara mara Jururawat cuba tanya berapa banyak cuti tahunan mereka?Confirm..jawapannya berkepuk-II lagi cuti tu..Setahun ada 25 hari..Tak termasuk cuti am lagi.Rasanya kalau cuti tu dijual boleh kaya.hahaha..Sebab tu lah cuti tahunan yg lebih kami kena bawa pergi jadi award wang tunai..Claim bila pencen..Nak carry tahun berikutnya pun rasanya cuti tahunan tahun depan pun tak terusik.Betul tak wahai jururawat-II sekalian?

6) Kalau bulan puasa lagi sedih,ye la Solat Sunat Terawih tu adanya hanya pada bulan Ramadhan,kadang-II dalam sebulan dapat la buat sikit (jadilah dari tak ada langsung tapi kalau boleh nak buat setiap malam),tak merasa nak pergi tiap-II malam,nak buka puasa dengan anak-II dan suami pun dalam bulan Ramadhan tu dapat lah beberapa malam.Tapi Jururawat semua masih berdedikasi melakukan tugasnya memikirkan yang terlantar tu adalah amanah..

7) Kami digelar dgn pelbagai gelaran yg kurang elok..Pengalaman sendiri pernah anak pesakit tanya “awak tak geli ke basuh berak dan kencing orang?Balik rumah lalu ke nak makan?”.Kami hanya mampu tersenyum dan cakap “Kami dah dilatih utk melakukan semua ini,kalau bukan kami yang lakukan siapa yang nak lakukan,walau seorang anak pun belum tentu sanggup nak cuci berak kencing mak ayah mereka,ini semua amanah dan kami ikhlas melakukannya”.

ANDA KATA: jururawat kerja senang.Setakat cuci berak orang
KAMI KATA: mai test tengok kerja 1 shif pun cukup la

ANDA KATA : kalau sibuk takkan boleh make up cantik-II
KAMI KATA : Kekemasan itu perlu,kita suka tengok yang cantik kan?Kalau pesakit tengok ‘misi’ serabut makin teruk la sakitnya

ANDA KATA: Jururawat tu berkumpul kat kaunter mengumpat je
KAMI KATA: banyaknya dokumen kami kena tulis.Kalau nak discaj pesakit pun banyak borang yang nak kena isi.Takkan nak kena isi kat atas meja pesakit kan?Tu je la kaunter utk jururawat buat kerja

ANDA KATA : Jururawat tak pandai urus masa
KAMI KATA: tolong tunjuk kat kami macam mana nak urus masa 1 shif pun jadi lah awak masuk kerja buat contoh kat kami-II yg tak pandai urus masa ni

Kami tidak minta utk disanjung, kami hanya minta dihargai.Kami tidak minta anda memuji tapi kami juga tidak mahu dikeji.Kami cuba melakukan yg terbaik kerana kami juga manusia yg akan sakit.Kami juga ada ibu bapa ,kami juga tidak mahu ibu bapa kami atau anak kami dilayan dengan teruk ketika sakit.Jadi kita sama-II menjaga.Jika ada yg tidak berkenan tegurlah secara berhikmah.Tidak perlu meninggi suara,tidak perlu menggunakan kata-II kesat kerana setiap teguran dapat difahami dgn bahasa yg lembut dan berhikmah.”

Beberapa lama kemudian akaun Badruz Mohd – Official telah mengatakan bahawa akaunnya telah digodam tapi kenyataanya itu seperti mahu menutup isu setelah dihentam teruk oleh netizen kerana statusnya itu telah dikomen olehnya seperti tiada apa-apa yang berlaku









Kredit:- malaysiakubaru
loading...

0 Response to "Teruk Dihentam Kerana Viralkan Nurse Makan Gaji Buta. LELAKI Ini Mohon Maaf Dengan Alasan TAK LOGIK !!!"

Post a Comment