Update Terkini Kes, Hakim Tolak Permohonan Faizznur, Lihat Tindakan Mahkamah Kepadanya !


Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini mengekalkan perintah untuk membekukan tiga akaun bank milik dua bapa saudara kanak-kanak yang kematian ibu bapa mereka dalam kemalangan di Lebuhraya Duke, tahun lalu.
Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz memutuskan demikian selepas menolak permohonan Hamlizar Husain, 44, dan Muhammad Faizznur Asyraf Husain, 26, masing-masing selaku pemohon pertama dan kedua untuk mengetepikan perintah ex parte (sebelah pihak) yang diperoleh kakak mereka Yusnidah Husain, 48, pada 19 Mei lalu.
Susulan itu, mahkamah melarang kedua-dua pemohon daripada menjalankan sebarang transaksi terhadap akaun-akaun Maybank berkenaan sehingga kes induk berkaitan nafkah diputuskan mahkamah.
Mahkamah juga mengarahkan pihak pengurusan Maybank memberi kerjasama sewajarnya untuk membekalkan dokumentasi berhubung transaksi sumbangan orang ramai ke dalam akaun itu.
Responden (Yusnidah) turut diperintah melantik akauntan bertauliah untuk mengaudit transaksi sumbangan orang ramai menerusi tiga bank dan laporan itu hendaklah difailkan dua hari sebelum perbicaraan kes induk (nafkah).
Nahas yang berlaku Mei 2015 itu mengorbankan ibu bapa dua beradik itu, Fairuz Nizam Husain, 35, dan Nova Safitri Azhari, 27, sertaadik mereka yang berusia tujuh bulan, Nur Firuza Annisa.
Manakala dua lagi anak pasangan itu, Nur Firuza Amira, 8, dan Nur Firuza Aqila, 5, kini berada dalam jagaan Yusnidah.
Sementara itu, peguam Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar yang mewakili Muhammad Faizznur Asyraf memberitahu media bahawa pihaknya akan memfailkan saman di mahkamah sivil dalam masa terdekat berhubung dakwaan yang dilemparkan terhadap anak guamnya.
FOTO Aizudin Saad
Kredit: HarianMetro
Nor Azura Abdul Jalil
zura_jalil@hmetro.com.my

No comments

Powered by Blogger.