AL-FATIHAH.. PELAKON ZAINAL TJ MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR : Pelakon popular sekitar tahun 90-an Zainal Tj disahkan meninggal dunia pagi tadi di Hospital Sedang, Selangor kerana masalah hati kerana saluran darah dalam perutnya membengkak dan mengakibatkan jangkitan kuman.
Allahyarham Zainal atau nama sebenarnya Zainal Abidin Ahmad, 54, sebelum ini telah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 26 Oktober lalu kerana kesihatannya semakin kronik kerana saluran darah membengkak.

Selain itu, Allahyarham juga mempunyai jantung yang lemah dan kakinya kerap membengkak kerana masalah sendi.
Sepanjang kerjaya dalam bidang lakonan Allahyarham pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) pada Anugerah Skrin 1995.
Lakonan terakhir beliau adalah menerusi drama Ikan-Ikan Di Kaca pada Januari lalu.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi, Selangor. - HM,K! ONLINE
loading...

0 Response to "AL-FATIHAH.. PELAKON ZAINAL TJ MENINGGAL DUNIA"

Post a Comment