Doktor Dedah Pengalaman DI SEBALIK SIREN AMBULAN Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!

Kali ni aku nak menceritakan pasal pengalaman aku tentang apa yang berlaku di sebalik sebuah panggilan ambulans (Ambulance Call). Kira baru jugak laa.. minggu lepas. Minggu terakhir aku di jabatan kecemasan hospital daerah. Lagi beberapa hari nak habis kami praktikal di jabatan ni. Jadi memang gunakan peluang sebaiknya untuk collect all the knowladge and experience. Bukan senang nak dapat kan?



Malam tu agak suram. Aku dengan kawan aku golek golek atas katil sementara tunggu azan isya’. Kami cadang lepas solat nak pergi ED (Emergency Department). Lepas solat kami siap siap nak keluar dari quarters student. Langit gelap. Bintang bulan tak kelihatan. Sesekali pancaran cahaya dari kilat dengan sedikit bunyi guruh kedengaran. Tak berapa lama kami sampai di ED, air hujan mula turun. Renyai renyai je. Tapi jalan tar dah start basah. Aku perhatikan keadaan ED. Patient ramai. Lagi lagi kat bahagian Asthma Bay. Semua datang semput dan nak ambik neb (gas nebulizer).
Tiba tiba ada sorang pakcik datang sapa aku dari belakang. Nafas tercungap. ” pakcik nak ambik gas”. Terus aku suruh pakcik tu duduk relaks. Aku mula buat bancuhan (Normal Saline + Salbutamol). Dah siap dengan nebulizer mask, aku pakaikan kat pakcik tu. Terserlah kelegaan dari airmukanya. Cuba menarik nafas dalam dalam nak bagi gas masuk hingga ke dasar paru paru. Aku biarkan pakcik tu dan beberapa lagi patient berehat sambil sedut gas. Kawan aku kata dia nak jaga kat Asthma Bay tu. Aku pulak nak tengok keadaan di kaunter triage. Nak bantu mana yang boleh.
Ramai jugak yang datang sebab demam, batuk, selesema. Cuaca sejuk beberapa hari ni. Yelah. Hampir setiap hari hujan. Selalu hujan waktu malam pulak. Tengah aku tulis segala maklumat dalam kad register pesakit, walkie talkie berbunyi. “***** base, ***** base, dari MECC (Call centre panggilan kecemasan 999), sila jawab panggilan, over.” Terus abang MA capai dan jawab panggilan. Ada Ambulance Call ni. Getus hati aku. Segala maklumat mangsa, caller details, location, dan keadaan mangsa dicatatkan. MECC mengarahkan kami untuk merespond satu kes MVA (kes kemalangan) yang melibatkan sebuah kereta dan sebuah lori treller.
Lokasi kemalangan di lebuhraya Utara Selatan arah selatan. Aku menekan button siren. 1 bunyi siren kedengaran sebagai tanda dan untuk memberi hint bahawa ada kes yang perlu direspond pada staf yang bertugas di unit PHC (Primary Health Care) iaitu Team Medical Respond dan juga driver ambulans. Aku segera mengambil segala kelengkapan dan peralatan yang diperlukan masuk ke dalam ambulans. Sebelum bergerak abg MA memaklumkan kepada MECC bahawa kami akan bergerak ke lokasi. Situasi yang sama perlu dilakukan bila sampai ke lokasi dan sampai ke base (hospital) semula.
Ambulans terus meluncur laju meredah hujan yang mula lebat. Jalan raya agak sesak dengan kenderaan yang banyak. Jalan juga agak sempit dan banyak lampu isyarat. Siren ambulans dibunyikan sejak kami keluar dari kawasan hospital lagi. Kenderaan mula bergerak ke bahu jalan memberi ruang dibahagian tengah untuk memberi laluan kepada ambulans. Masih ada kalangan kita yang adarasa tanggungjawab untuk bertindak dan allert dengan situasi macam ni. Ada saham untuk korang nanti sebab membantu memudahkan perjalanan untuk menyelamatkan satu nyawa manusia.
Ambulans terus masuk ke plaza tol. Dari kejauhan palang sudah di angkat. Jurutol dah dengar siren dari kejauhan mungkin. Kami terus memasuki lebuhraya. Sekali lagi. Jalan agak sesak. Kenderaan bergerak perlahan. Ambulans mengambil laluan di lorong kecemasan. Terdapat beberapa kenderaan di laluan kami. Aku terus menekan punat hon. Sebagai tanda kepada si pemandu yang tidak sedar kehadiran kami. Abg MA menggunakan heller. “Beri laluan, beri laluan, kecemasan beri laluan”. Barulah pemandu tersebut masuk ke lorong yang sepatutnya. Mungkin baru tersedar kehadiran ambulans di belakang.
Dari jauh jelas kelihatan lampu dari kereta polis dan jentera bomba. Ambulans berhenti di bahu jalan. Aku segera turun dari ambulans. Baju mula basah terkena hujan. Gerimis saja. Bulu roma mula meremang. Aku cuba menghadam kekalutan yang berlaku di depan mata. Sebuah treller berada di antara lorong kedua dan ketiga. Sebuah kereta proton wira yang telah remuk berada di bahagian hadapan treller tersebut. Satu rempuhan yang maha dahsyat telah berlaku. Beberapa anggota bomba cuba untuk memotong bahagian pintu pemandu. Terdapat mangsa yang tersepit. Seorang anggota polis datang menghampiri kami untuk memberi laporan dan maklumat berkenaan kemalangan ini. Kami di fahamkan kemalangan ini melibatkan sebuah keluarga. Again! Sebuah keluarga. Pemandu lori treller tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. Kami segera mendapatkan mangsa yang berada di dalam kereta.
Si pemandu seorang lelaki, tersepit di bahagian kaki tidak sedarkan diri tetapi masih bernafas dan denyut nadi lemah. Sementara menunggu anggota bomba mengeluarkan mangsa, kami mendapatkan seorang bayi di bahu jalan. Ya! Bayi tersebut sudah tercampak keluar dari kereta. Muka penuh berlumuran darah. Telinga dan hidung juga mengalami pendarahan. Darah segar masih keluar dari tubuh kecil itu. Pemeriksaan sign of life dilakukan. Hampa. Nadi dan pernafasan absent. Senyap. Bayi yang dianggarkan setahun lebih sudah meninggal. Mungkin disebabkan kecederaan parah dibahagian kepala. Masih aku ingat wajah bayi itu. Badan aku menggeleter menahan sebak dan sejuk hujan. Seorang lagi penumpang di bahagian kiri pemandu. Mangsa seorang wanita. Di bawa keluar dari kereta oleh anggota bomba. Nasib mangsa juga sama seperti anaknya. Kedua mangsa meninggal di tempat kejadian. Mayat mangsa akan dibawa oleh pihak polis ke unit forensik hospital.
Sementara si suami, sebaik saja anggota bomba dapat memgeluarkannya, mangsa dibawa masuk kedalam ambulans. Cervical collar (alat menyokong leher) dan splint (alat menyokong bahagian yang dikuatiri terdapat kepatahan) dipasangkan di kedua belah kaki mangsa. Abg MA meminta aku memasukkan branular (jarum masuk air) pada mangsa. Branular 18G intect. Drip Hartman Saline di beri. Mesin Tekanan darah dan pulse oxymeter dipasang. Ambulans segera bergerak meninggalkan lokasi dengan lebih laju. GCS mangsa (penilaian tahap lesedaran) 5/15. Dalam perjalanan le hospital, aku dapati Spo2 (kadar oksigen) mangsa drop. Tekanan darah juga makin rendah.
Pesakit telah berhenti bernafas. Ya! Tiada nafas. Nadi juga semakin lemah. Abg MA segera meminta aku untuk melakukan CPR pada mangsa. Korang boleh bayangkan? Keadaan dalam ambulans yang agak sempit dengan ambulans yang dipandu laju, keadaan jalan raya yang tidak rata, CPR perlu juga dilakukan. Demi nyawa seorang manusia. Beberapa kali aku jatuh tergolek dari katil strecher ambulas. High Flow Mask yang diberikan sejak tadi ditukar kepada BVM (Bag Valve Mask). Aku dan abg MA bersilih ganti. Sorang melakukan tekan dada, sorang lagi buat baging. Perjalanan ke hospital yang sepatutnya hanya mengambil 20 minit dirasakan seperti berjam jam. Terasa jauh.
Sebaik saja sampai di perkarangan hospital, 3 siren dari ambulans dibunyikan. Menandakan kes yang kami bawa ini adalah kes Rhesus. Memerlukan staf yang bertugas di bahagian red zone bersiap siaga. Sambil turun dari ambulans, sambil kami CPR. Mangsa di pindahkan ke katil khas. CPR di sambung oleh mesin. Badan aku basah. Hujan bercampur air peluh. Termengah mengah menarik nafas. Seterusnya cardiac monitor dipasang pada badan mangsa. Dalam beberapa saat, cardiac monitor menunjukkan VT (Pulseless Ventricular Tachycardiac) ritma jantung tidak seperti normal.
Nadi juga sudah tiada. Mesin defibrilator dipasangkan. Renjatan diberi secara berperingkat. Bertujuan untuk membetulkan degup jantung mangsa. Sehingga 360 Joules diberi. Ritma jantung berubah. Kini menjadi asystole. Satu garis lurus di paparan skin. Bermaksud jantung yang tidak pernah berhenti sejak di dalam kandungan, telah berehat untuk selamnya. Mangsa sudah meninggal dunia. Terdapat beberapa ahli keluarga mangsa yang sudah tiba di ruangan menunggu. Doktor memaklumkan mangsa sudah tiada. Kami sudah cuba buat yang terbaik. Terjelupuk jatuh seorang wanita. Berusia 30 an. Kakak mangsa mungkin. Yang lain teresak menangis sambil memujuk si kakak.
Aku tidak menangis kali ni. Mungkin hati ini sudah mula belajar untuk rasa kental semasa berhadapan dengan situasi sebegini. Hampir separuh dari hidup aku, aku bakal berhadapan dengan situasi macam ni. Sebuah keluarga pergi menghadap ilahi dalam keadaan yang menyayat hati. Pada malam jumaat seingat aku. Hidup perlu diteruskan. Hanya perlu berdoa supaya kita dimatikan dalam keadaan Husnul Khatimah. Ameennn.. Bakal Doktor. Najwa via IIUM-
loading...

No comments

Powered by Blogger.