Ini Luahan Hati Elly Mazlein, Dedah Kisah Mengejutkan...Sebenarnya Tiada Penyingkiran Tetapi..



Malam tadi telah berlangsung konsert Gegar Vaganza minggu keempat.

Tema untuk minggu keempat ialah 'minggu duet' yang mana para peserta akan beraksi dengan bekas peserta dari musim pertama dan kedua.

Elly Mazlein tampil berduet dengan Acong, namun nyanyiannya tidak mendapat tempat di hati juri terutama Tok Ram (Ramli MS) yang mengatakan secara teknikal nyanyiannya agak kurang.

Walaubagaimanapun, Ramli tetap memuji penghayatan Elly Mazlein.

Akhirnya Elly Mazlein tersingkir. Namun ada beberapa perkara yang menjadi kecoh selepas itu apabila Elly Mazlein dikerumuni para wartawan.

Elly mendedahkan beberapa perkara yang mengejutkan.

Perkara Sebenar Yang Berlaku

Untuk pengetahuan, sebenarnya pada malam itu tiada penyingkiran, namun Elly Mazlein telah membuat permohonan untuk menarik diri.

Perkara itu jelas apabila Dato Seri Vida sendiri tidak tahu menahu hal itu. begitu juga dengan pengacara Nabil dan Jihan Muse.

Punca Sebenar, Kenapa?

Elly Mazlein menegaskan dia terkilan dan kecil hati dengan komen Ramli MS bahawa dia seperti menagih simpati.

Katanya Elly Mazlein menagih ehsan dari Astro jika terus kekal di Gegar Vaganza.

Elly yang sedih dengan komen itu terus menyatakan hasratnya untuk keluar.

Masuk Lambat Di Pengumuman

Elly juga menyatakan, dia masuk lambat ke pengumuman "Ada Lagu Ada Lagi" kerana tidak mahu para peminatnya melihat dirinya yang sedang menangis.

Itulah kisah sebenar.

Tonton Video temubual Elly selepas tersingkir:


loading...

No comments

Powered by Blogger.