Inilah Sebab Kenapa Mark Adam BOTAKKAN Kepala Yang Ramai TAK TAHU !!!

Inilah Sebab Kenapa Mark Adam BOTAKKAN Kepala Yang Ramai TAK TAHU !!! | SHAH ALAM: Penyanyi dan pelakon, Mark Adam melakukan kejutan apabila membotakkan kepalanya ketika menyanyikan lagu Berat pada minggu pertama persaingan Muzik-Muzik Separuh Akhir 31 yang bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam tadi.
mrk
Mark yang tampil dengan wajah pucat dan mengenakan pakaian seperti pesakit di hospital membiarkan kepalanya dicukur pada minit kedua lagu yang berdurasi empat minit hasil ciptaan DJ Fuzz dan Zah Amirul itu. MARK Adam membotakkan kepala melambangkan sokongannya terhadap pesakit kanser.
MARK ADAM / SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK 31
Penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Pencuri itu, berkata keputusannya membotakkan kepala melambangkan sokongannya terhadap pesakit kanser, apatah lagi bapanya juga meninggal dunia akibat penyakit berbahaya itu. “Idea untuk membotakkan kepala ketika membuat persembahan tercetus seminggu sebelum pertandingan berlangsung. Hanya tiga hari lalu, saya memutuskan untuk menjadikannya kenyataan. Memandangkan November adalah bulan kesedaran untuk pesakit barah prostat, persembahan ini saya tujukan kepada mereka dan juga bapa yang meninggal dunia akibat penyakit itu.
SHAH ALAM 05 NOVEMBER 2016. Persembahan dari Mark Adam ketika menyanyikan lagu Berat pada separuh akhir Muzik-Muzik 31 di Seri Pentas 2 Plaza Alam Sentral Shah Alam. STR/MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT
“Saya tidak ralat jika persembahan ini gagal menarik perhatian juri atau dikatakan tidak sesuai kerana ia sepatutnya dilakukan pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu. Tujuan utama saya adalah untuk memberi kesedaran kepada penonton mengenai penderitaan pesakit kanser,” katanya ketika ditemui selepas program Muzik-Muzik Separuh Akhir 31 tamat.
SHAH ALAM 05 NOVEMBER 2016. Persembahan dari Mark Adam ketika menyanyikan lagu Berat pada separuh akhir Muzik-Muzik 31 di Seri Pentas 2 Plaza Alam Sentral Shah Alam. STR/MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT
Penyanyi berusia 37 tahun itu mengakui, tidak mudah untuk tampil dengan persembahan sebegitu kerana ia mengundang risiko malah menjejaskan tumpuannya ketika beraksi. “Terus-terang, saya memang gementar kerana bimbang apakah sempat rambut saya selesai dicukur dicukur dalam tempoh yang ditetapkan. Saya akui, nyanyian saya agak goyah kerana terlalu memikirkan banyak perkara. Banyak aspek yang perlu saya fokus dan pada masa sama, memikirkan apakah sempat rambut saya habis dicukur.
“Apapun, saya gembira apabila impian itu tercapai. Berjaya atau tidak ke peringkat akhir, saya serahkan kepada rezeki. Kalau berjaya, saya bersyukur. Jika gagal, saya akan teruskan perjuangan ini. Pada pertandingan malam ini, ramai yang tampil hebat dan secara peribadi saya menyukai lagu Dayang Nurfaizah dan Mal Imran,” katanya.
Penyanyi yang berasal dari Cebu, Filipina ini pernah membotakkan kepalanya sebelum ini dan Mark yakin, tindakannya itu tidak akan menjejaskan perjalanan kariernya. “Saya yakin ia tidak mengganggu kerjaya saya kerana penggambaran dua telefilem lakonan saya sudah selesai. Masih ada banyak masa lagi sebelum saya menerima tawaran lain. Berdasarkan pengalaman, saya hanya perlukan masa sekitar sebulan untuk rambut saya panjang semula,” kata Mark. Kredit:-BeritaHarian

Sumber: eksidenz
loading...

No comments

Powered by Blogger.