Isu Pukul "Ustazah" , Isteri PU Faiz Tampil Cerita Sebenar...Tak Sangka Rupa-Rupanya "Ustazah" Dimaksudkan Gila Seks

KUALA LUMPUR – Seorang pelayar Facebook yang menggunakan akaun Hanisah Azman memberikan komen mendakwa isu bekas naib juara program Pencetus Ummah (PU) musim kedua, Ahmad Faiz Faizuddin Rosli atau PU Faiz, berkaitan kes di bawah seksyen 335 adalah disifatkan sebagai kes aniaya.Pelayar itu turut memuat naik status yang didakwa daripada isteri PU Faiz yang cuba menjelaskan cerita sebenar disebalik kes dakwaan tersebut.
“Alhamdulilah.. terima kasih kepada yang mengutuk dan membuatkan kami tersenyum dalam keadaan yang masih bersedih atas kehilangan Ayahanda tercinta. (AL FATIHAH). Moga kalian mendapat keampunan.“Seperti yang di dakwa dan kami berhak memperjelaskan keadaan yang sebenar untuk tidak melahirkan lagi mulut-mulut puaka bakal penghuni neraka,”tulisnya yang memetik akaun isteri PU Faiz.

Menurut perkongsian itu juga memberitahu wanita yang didakwa dicederakan itu bukan penceramah bebas seperti yang dilaporkan sebelum ini.“Wanita itu bukan penceramah bebas atau ustazah seperti yang tertulis di dada akhbar. Beliau datang dan menceroboh ke pusat pengajian kami dan dia juga didakwa kerna menceroboh. PU Faiz tidak mencederakan atau memukul beliau melainkan lebih kepada “MEMPERTAHANKAN DIRI” kerna cubaan memeluk (menurut saksi) dan berlaku pergelutan yg mengakibatkan kecederaan pada bahagian tangan wanita itu.

“Wanita itu sering menganggu kami dgn hal rumahtangga beliau(sekarang dah bercerai) dan juga sering menghubungi Pu Faiz utk berjumpa serta ingin melakukan hubungan seks agar melahirkan seorang zuriat iaitu IMAM MAHDI walau ketika itu beliau MASIH ISTERI ORANG. Wanita itu sering mendakwa dirinya adalah Ibu kepada IMAM MAHDI dan sering berjumpa NABI,”kongsi status itu lagi.
Tambahnya, wanita itu juga cemburu dengan kebahagiaan PU Faiz dan Isteri sehingga sanggup memfitnahnya sekeluarga telah bercerai.

“(Wanita itu) menfitnah yang kami sudah bercerai dan PU Faiz adalah bakal suami keduanya. Kesimpulannya, ini adalah dugaan untuk kami dan didatangkan ujian berbentuk sebegini. Apapun InsyaAllah kami akan tenang hadapi,”akhiri kenyataan itu.Terdahulu, PU Faiz mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang penceramah wanita di sekolah tahfiz di Kota Damansara, dua bulan lalu.

Tertuduh, PU Faiz, 27, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda maksimum RM4,000 atau kedua- duanya, jika disabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember ini sebagai sebutan semula kes.-SuaraTV

No comments

Powered by Blogger.