Neelofa & Fattah Amin Sweet Terlampau! – 5 Perkara Menarik & Jelik Di ASK 2016

cover-ask
Malam tadi telah berlangsungnya acara kemuncak Anugerah Skrin 2016 (ASK 2016) yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan tema ‘Menggapai Impian’. Acara yang diadakan khas untuk mengiktiraf drama dan filem tempatan itu dihadiri oleh penonton yang terdiri daripada rakan-rakan artis, media dan juga peminat industri hiburan tanah air.
Nama pun acara penyampaian anugerah, mesti ada banyak benda yang terjadi sepanjang ASK 2016 berlangsung. Nah, kami simpulkan lima highlights of the event yang kami rasa menarik berlaku malam tadi. Korang perasan tak benda-benda ni?

1. Lofattah Sweet Tahap Potong Kaki!

lofattah
Hubungan mesra diantara pelakon utama Suri Hati Mr Pilot, Fattah Amin dan Neelofa bukanlah satu rahsia lagi. Malam tadi kemesraan mereka semakin terbukti sepanjang ASK 2016 berlangsung. Mana tidaknya, mula-mula duduk depan belakang, lepas tu sebelah menyebelah pulak. Momen-momensweet ni dirakam dan dimuatnaik sendiri oleh Neelofa di laman Instagramnya melalui Instagram Stories.



2. Baju Raja Ilya Mengancam!

screen-shot-2016-11-19-at-10-31-01-am
screen-shot-2016-11-19-at-10-31-27-am
Pakaian selebriti semestinya menjadi perhatian pada acara malam tadi. Antara yang menyerlah dan hangat diperkatakan adalah gaun turquoise yang dipakai oleh Raja Ilya. Sekilas pandang nampak macam pakai gaun jenis tube, tapi menurut Raja Ilya ia sebenarnya adalah inner dengan tona warna kulit yang menutupi sehingga paras lehernya.
screen-shot-2016-11-19-at-11-24-43-am
screen-shot-2016-11-19-at-11-25-11-am
screen-shot-2016-11-19-at-11-25-25-am
screen-shot-2016-11-19-at-11-25-47-am

screen-shot-2016-11-19-at-11-26-11-am

3. Nadiya Nissa Tampil Bertudung Pertama Kali!
screen-shot-2016-11-19-at-10-42-02-am
Aktres cantik manis Nadiya Nisaa telah sepenuhnya berhijab dan semalam buat pertama kalinya dia tampil dengan imej tersebut di acara karpet merah ASK 2016! Ramai memuji imej barunya itu dan berpendapat bahawa Nadiya Nisaa kelihatan lebih cantik bila bertudung. Alhamdulillah…
screen-shot-2016-11-19-at-11-38-46-am
screen-shot-2016-11-19-at-11-43-59-am
screen-shot-2016-11-19-at-11-44-09-am
screen-shot-2016-11-19-at-11-44-56-am

4. Acara Hambar!

KUALA LUMPUR 24 FEBRUARY 2016. Alif Satar pada sidang media memperkenalkan 14 orang finalis Clever Girl Malaysia di Royale Chulan Damansara. NSTP/NUR ADIBAH AHMAD IZAM
Sempena ASK, Alif Satar telah dipilih sebagai hos utama bagi mengacarakan acara berprestij itu pada tahun ini. Kebolehan Alif Satar sebagai penghibur merangkumi penyanyi, pelakon dan hos tidak boleh disangkal kerana kita semua tahu Alif mempunyai cara dan kebijaksanaannya yang tersendiri ketika mengendalikan sesebuah acara.
Namun, ASK 2016 yang berlangsung malam tadi agak hambar kerana seolah-olah apa yang diperkatakan oleh Alif diatas pentas tidak ‘disambut’ oleh para penonton. Hmm kalau hos dah bagus tapi audiens tak bagi sokongan pun susah jugak, kan?
screen-shot-2016-11-19-at-11-54-03-am
screen-shot-2016-11-19-at-11-54-18-am
screen-shot-2016-11-19-at-11-54-47-am
screen-shot-2016-11-19-at-11-55-00-am
screen-shot-2016-11-19-at-11-55-10-am

5. Persembahan Faizal Tahir Buat Orang Sebak!


Dalam keseronokan dan kemeriahan ASK 2016, Faizal Tahir berjaya membawa audiens menyelami penderitaan Muslim di Syria melalui lagu Khulul Hubbi (One Moment For Them) yang dinyanyikan bersama-sama dengan Noh Salleh, Aizat Amdan dan Muaz. Sangat sebak dan menyentuh hati sehingga ada yang mengalirkan air mata!
Baguslah, macam-macam benda; yang jelik, yang baik, yang menarik– semua ada dalam satu majlis yang diraikan oleh penggiat industri hiburan tempatan ini. Apa pendapat anda yang menonton? Bersama artikel ini kami sertakan keputusan penuh ASK 206 malam tadi. Enjoy!
Keputusan Rasmi Pemenang Anugerah Skrin ASK 2016 TV3 (Rasmi)
Drama Terbaik Anugerah Skrin 2016
Fatin
Filem Terbaik
Redha
Pengarah Drama Terbaik
Razaisyam Rashid- Fatin
Pengarah Filem Terbaik
Syamsul Yusof- Munafik
Pelakon Komedi Terbaik
Erma Fatima- Mak Cun 2
Drama Komedi Terbaik
Drama Mak Cun
Drama Rantaian Terbaik
Wadi
Pelakon Lelaki Terbaik Drama
Beto Kusairy
Pelakon Wanita Terbaik Drama
Tiz Zaqyah- Cermin Kasih
Rancangan Anugerah Terbaik
Anugerah Juara Lagu 30
Pelakon Lelaki Terbaik Filem
Namron- Redha
Pelakon Wanita Terbaik Filem
Maya Karin- Filem Nota
Penyunting Terbaik Drama
Izhar Masuri – Rekah
Drama Rantaian Popular Media Sosial
Aku Kau Kita (Drama TV3)
Lakon TV Terbaik
Rekah
Lakon Layar Terbaik
Love Supermoon
Anugerah Filem Pembantu Terbaik
Husairi Hussin-Polis Evo
Rancangan Realiti Terbaik
Lets Cycle Musim 2
Laporan Khas Berita Terbaik
Berita Tv9: Highland Towers (Tv9)
Bual Bicara Terbaik
Halaqah: Terlepasnya Ikatan Dajjal (Tv9)
Dokumentari Dan Majalah Terbaik
Majalah 3: Wira Beret
Videografi Terbaik
Drama Fatin (TV3)
Rancangan Hiburan Terbaik
Buskestra (Tv9)

Sumber: Ohbulan

No comments

Powered by Blogger.