Nenek Salah Hantar Mesej Kepada Pemuda Jadi Viral

AKIBAT salah terhantar mesej kepada individu yang tidak dikenali, seorang nenek di Amerika Syarikat menjadi bualan hangat menerusi media sosial baru-baru ini.

NBC News dah Fox Tv melaporkan, Wanda Delch dikatakan tersilap menghantar mesej kepada Jamal Hinton dengan menjemputnya makan malam sempena Hari Kesyukuran di rumahnya.
Hinton yang berusia 17 tahun terkejut apabila menerima mesej daripada nombor yang tidak dikenali mengenai jemputan makan malam pada jam 3 petang.
Kisah Nenek Salah Hantar Mesej Kepada Pemuda Ini Jadi Viral
“Saya fikir mungkin tersalah nombor atau nenek saya sudah pandai menggunakan telefonnya,” katanya.
Remaja yang bersekolah di Phoenix, Arizona itu berkata selepas menerima mesej dia meminta nenek tersebut menghantar gambar.
Kisah Nenek Salah Hantar Mesej Kepada Pemuda Ini Jadi Viral
Bagaimanapun, dia terkejut apabila gambar tersebut bukanlah nenek dan orang asing.
“Anda bukan nenek saya. bagaimanapun boleh tak saya dapatkan makanan itu,” katanya menjawab mesej itu dengan tujuan berjenaka.
Jawapan Delch benar-benar membuatkan netizen terharu apabila dia tetap menjemput Hinton meraikan Hari Kesyukuran walaupun bukan ahli keluarga.
“Sudah tentu boleh, itu yang akan dilakukan seorang nenek, pastikan semua orang makan,” balasnya.
Kisah Nenek Salah Hantar Mesej Kepada Pemuda Ini Jadi Viral
“Saya perlu memikirkan berapa besar ayam belanda yang perlu disediakan untuk 20 orang,” kata Delch.
Kisah nenek ini dilaporkan portal Buzzfeed pada Rabu lalu dan menjadi viral apabila dilihat lebih 2 juta orang dan retweet sebanyak 120,000 kali di AS.
Walaupun kedua-dua individu ini tidak mengenali antara satu sama lain tetapi kisah mereka telah menyentuh hati rakyat AS.
Tonton video di bawah untuk gambaran yang lebih jelas.

Sumber – MYNEWSHUB.CC



loading...

0 Response to "Nenek Salah Hantar Mesej Kepada Pemuda Jadi Viral"

Post a Comment