Nitizen SIMPATI nasib Pencuri bayi yang kemurungan .. ini jawapan balas ibu BAYI (8Gambar)


Tanah Merah : Rata-rata Nitizen diluar sana amat simpati dengan nasib suami isteri yang kemurungan dan sanggup menculik bayi, pasangan itu kini ditahan reman untuk siasatan.
Mereka berpendapat wajar pasangan yang menculik bayi itu juga diberi khidmat kaunseling bagi memulihkan kembali pasangan itu dari kemurungan.
Ada yang menyarankan keluarga bayi mangsa culik memaafkan suami isteri yang ditahan tersebut dan menjadikan anak nya sebagai anak angkat kepada pasangan yang kemurungan tersebut. 






Ini jawapan balas ibu bayi mangsa culik, siti Norbaiti Bahanaharing, 26, mengakui masih SUKAR melupakan insiden bayi perempuannya dilarikan dalam kejadian di Hospital Tanah Merah (HTM), Selasa lalu.
Malah, ibu dua anak itu mahu insiden berkenaan menjadi pengajaran dan pedoman buat semua pihak supaya tindakan pencegahan dapat diambil secara serius bagi mengelak kejadian sama berulang.
"Tak mungkin saya dapat lupakan hal ini atau padam dari ingatan saya sekelip mata. Ia akan menjadi kenangan sehingga akhir hayat saya.
"Setiap kali menatap wajah anak, kejadian itu akan bermain di fikiran. Sebab itu sukar saya untuk lepaskan dia dan sentiasa pastikan dia ada di sisi sepanjang masa," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Bukit Mas, di sini, hari ini.
Terdahulu, Siti Norbaiti menerima kunjungan 20 anggota Skuad Sayang Wanita UMNO Kelantan diketuai Komandannya Dayang Saniah Awang Hamid yang juga Ahli Lembaga Pelawat HTM.
Dalam pada itu, Dayang Saniah berkata, Skuad Sayang Wanita UMNO bersedia membantu keluarga itu menghadapi trauma susulan insiden terbabit.
"Kami sedia bantu dalam proses mereka mengembalikan keyakinan diri selepas menghadapi peristiwa berkenaan. Dia masih dalam tempoh berpantang dan penting untuk pastikan emosinya stabil.
"Untuk itu, kami bersedia menyediakan khidmat kaunseling daripada profesional dan keperluan lain mereka termasuk penganjuran doa selamat," katanya.

No comments

Powered by Blogger.