Ramli MS Perjelas Mengapa Elly Tersingkir? Rujuk Semula Rakaman Nyanyian Elly Semalam Dan Kamu Semua Boleh Nilai Sendiri

 
Habis kecoh dunia laman sosial satu Malaysia (bagi yang layan Gegar Vaganza) apabila Elly Mazlein telah mengambil keputusan untuk menarik diri. Malah bagi peminat Elly, Ramli MS buat masa ini sangat dibenci malah juri tersebut turut dikatakan tidak professional.

Rakaman Nyanyian Elly Minggu 4 GV3
Menurut Elly dalam temubual ringkas Datuk Vida bersama Elly yang dimuatnaik di Instagram milik usahawan wanita berkenaan, dia merasakan komen daripada Ramli MS adalah keterlaluan. Tidak dapat menahan sebak, Elly juga dilihat beberapa kali mengesat air mata yang mengalir berlinangan di pipi.
Selain ada peminat fanatik yang menyatakan bahawa tiada seri lagi buat Gegar Vaganza kerana penarikan diri Elly, tidak tahulah jika apa yang terjadi ini sekadar gimik yang dilakukan oleh pihak penyiar rancangan tersebut.

Masih ramai lagi peserta dan momentum persembahan pastinya perlu disemarakkan demi mendapat sokongan peminat dan penonton dari minggu ke minggu. Bagi peminat tegar rancangan tersebut, apa yang anda boleh lakukan hanyalah menunggu apa yang akan terjadi di minggu yang mendatang. (rtky/s)
loading...

0 Response to "Ramli MS Perjelas Mengapa Elly Tersingkir? Rujuk Semula Rakaman Nyanyian Elly Semalam Dan Kamu Semua Boleh Nilai Sendiri"

Post a Comment