Sayu : Saya dan ibu Ayrill tidak lagi bersama .. ini mungkin punca Ayril hilang-Noor Shahril (6 Gambar)

Kuala Lumpur : Saya amat kesal dengan apa yang berlaku " Mungkin ini kecuaian kami, ibu dan ayah Ayril " katanya.
Noo Shahril memberitahu dia dan Ibu Ayrill telah berpisah sejak 3bulan lalu Ayril tinggal dengan ayah nya dibilik sewa.
Mungkin disebabkan setuasi ini Ayrill buat tindakan untuk menghilangkan diri, kami tahu dia mungkin tertekan dengan apa yang menimpa keluarga nya.
Dalam pada itu Harian Metro melaporkan "Sepanjang tiga hari dia hilang, saya berusaha mencarinya. Saya syak dia mengikut rakan yang baru dikenalinya dua minggu lalu,” kata Noor Shahril Yusmarizal, 39, bapa kepada kanak-kanak yang dilaporkan hilang, Noor Ayrill Aqasha, 10.



Noor Shahril berkata, anak sulungnya itu berkenalan dengan remaja lelaki berusia 13 tahun di sekitar tempat tinggal mereka di Jalan Jejaka 5, Taman Maluri, di sini.
“€œRemaja itu memberitahu dia tinggal di Jalan Jejaka 9 di sini, namun apabila saya pergi ke alamat berkenaan selepas Noor Ayrill Aqasha hilang, saya dapati remaja terbabit tidak tinggal di situ.
“€œKali terakhir saya berjumpa dengan remaja itu ialah pada minggu lalu di tempat kerja saya selepas dia meminta kebenaran untuk keluar bersama Noor Ayrill Aqasha”€ katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras selepas memberi keterangan kepada polis, petang tadi.
Kehilangan Noor Ayrill Aqasha sejak 31 Oktober lalu viral di laman sosial Facebook (FB).
Noor Ayrill Aqasha disedari hilang selepas bapanya pulang daripada kerja pada malam kejadian dan mendapati anaknya tiada di bilik sewa nya di Cheras.

Setakat tengah malam tadi pihak berkuasa masih gagal megesan Ayrill ini di beri tahu oleh ibu Siti Rohayu nya di laman sosial nya.

Sama-sama kita doa Aryill ditemui selamat dan sama-sama kita doa keluarga Ayrill kembali bersatu demi Ayrill dan adik-adiknya.

No comments

Powered by Blogger.