"Sebagai Penaja Terbesar Dalam Rancangan Ini Saya Tidak Membenarkan Elly Mazlien Tarik Diri! Contract Sudah Sign! Maka Itu Saya Memutuskan Untuk. . .", Selepas Dipujuk Oleh DSV Akhirnya Elly Buat Keputusan Yg Mengejutkan!!

SHAH ALAM: Bukan saja nekad menarik diri, penyanyi Elly Mazlein, 36, turut menutup pintu hatinya untuk kembali ke dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ketiga walaupun ada kemungkinan pihak produksi berbuat demikian menerusi sistem imuniti yang menjadi milik mutlak penaja, Datuk Seri Vida.


Musim lalu, Datuk Sri Vida menggunakan kuasa imuniti dimilikinya untuk mengekalkan Acong apabila penyanyi itu diumumkan tersingkir, seterusnya mara ke peringkat separuh akhir pertandingan nyanyian popular terbabit.
Menurut pemilik nama penuh Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini, beliau reda dengan apa yang berlaku dan percaya rezekinya tetap ada dalam industri seni.
"Tidak, saya takkan terima walaupun ada kemungkinan diserap masuk ataupun menerusi sistem imuniti daripada penaja. Jika bukan di sini, mungkin rezeki saya ada di luar sana. "Saya akan teruskan kerjaya nyanyian dan lakonan saya seperti biasa selepas ini," katanya ketika ditemui selepas program GV3 yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.
Terdahulu, sebaik saja program GV3 berakhir, penaja platinum, Datuk Seri Vida menerusi media sosial miliknya ada memaparkan sesi beliau memujuk si pelantun lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan supaya tidak terus terasa hati dengan komen dilemparkan dan mengharapkan Elly menarik balik keputusannya untuk mengundurkan diri daripada program berkenaan.
Malah, pengusaha produk kecantikan terkenal itu turut menyifatkan Elly sebagai ratu dan penyeri program terbabit.
Keputusan drastik Elly untuk mengundurkan diri dalam program berkenaan timbul selepas penyanyi itu berasa hati dengan komen dilemparkan juri, Datuk Ramli MS, yang mengaitkannya dengan isu ihsan atau belas simpati sebaik saja beliau selesai menyampaikan lagu tugasan berjudul Jangan Menangis Sayang bersama Acong.
Dengan ketiadaan Elly, rancangan itu kini menyaksikan saingan di kalangan sembilan lagi peserta yang tinggal iaitu Gmie Screen, Ameng, Shidi Data, Zarul, Intan Sarafina, Nora, Zue Eda, Azharina dan Siti Sarah.
loading...

No comments

Powered by Blogger.