Selepas BN campak baldi, Selangor pulangkan semula kepada orang Pahang

Selepas sekumpulan pemuda Barisan Nasional (BN)  berdemonstrasi campak baldi ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, kerajaan Selangor mengutip dan menyerahkannya kepada orang Pahang.
Baldi diserahkan Elizabeth Wong kepada salah seorang wakil penduduk Pahang, Bob Manukan, untuk menunjukkan negeri itu berdepan krisis air terbesar berbanding Selangor, lapor portal Selangor Kini.
Selepas BN campak baldi, Selangor pulangkan semula kepada orang Pahang
Selepas BN campak baldi, Selangor pulangkan semula kepada orang Pahang
“Di Pahang ada masalah air. Mereka tidak cukup air dan catuan air termasuk di Pekan terpaksa dibuat. Kami bersimpati dengan keadaan di Pahang,” kata Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar.
“Di Selangor kita berjaya selesaikan isu air dan baldi ini diserahkan kepada Pahang supaya mereka tahu bahawa bukan di Malaysia ini cuma ada Selangor sahaja.”
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor, Ng Suee Lim dalam sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini berkata Umno sepatutnya menjaga negeri mereka sendiri yang tiada bekalan air mencukupi.
“Masalahnya kita dapati negeri Umno ini ada yang mengalami masalah air sampai enam bulan. Jadi kita kutip semula baldi mereka pagi ini, dan kita serahkan kepada orang Pahang.
“Diharap dapatlah mereka gunakan semula baldi ini di negeri mereka untuk buat simpanan atau catuan,” katanya.
Kira-kira 1,500 pemuda BN Selangor berarak pagi tadi ke SUK menuntut agar krisis air yang menjejaskan kira-kira 1.6 juta pengguna diselesaikan segera, lapor Bernama.
Berjalan sejauh kira-kira satu kilometer dari Dataran Shah Alam, kumpulan itu juga mendesak menteri besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meletak jawatan kerana gagal menangani isu air.
Sumber: Malay Mail

No comments

Powered by Blogger.