Video Budak Sekolah Ditipu Dan Dipaksa Beli Handphone Oleh Peniaga Kedai. Tolong Viralkan

Tarikh: 27 Oct 2016 Masa: 4 Petang Tempat: Tingkat 2, Terminal One Shopping Centre Seremban

Peniaga menawarkan iphone 5s secondhand dengan harga sebanyak RM500. Budak sekolah (dan juga kawan kepada adik saya) tertarik dengan tawaran tersebut dan nego supaya mengurangkan harga sehingga sebanyak RM400.

Akhirnya peniaga tu pun setuju dengan harga tersebut. Sebelum barang dapat budak ni sudah pun buat pembayaran sebanyak RM400.

Selepas itu peniaga tunjuk bil dan dalam bil peniaga tersebut tulis JUMLAH sebanyak RM750. Apabila budak ini tanya jumlahnya kenapa jadi RM750 maka peniaga tu jawab untuk software dikena caj sebanyak RM350.
Jadi budak ni pun tak nak beli iphone tersebut dan minta balik duit dia tetapi peniaga kurang ajar tu berkata ambil iphone 5s dengan membuat bayaran penuh atau ambil telefon pintar yang lain.

Kalau nak duit peniaga itu berkata akan bagi RM300 sahaja. Apabila kami pergi ke sana kami nampak peniaga itu gertak dan memaksa budak ni supaya beli iphone 5s itu dengan harga RM750.

Kesian tengok budak ni. Bukan budak ni sahaja jadi mangsa peniaga cina di Terminal One Seremban ni tapi ramai lagi.-Ashraf Abdul Malik


Tempat: Tingkat 2, Terminal One Shopping Centre Seremban

loading...

No comments

Powered by Blogger.