1 Maut, 4 Parah, Seorang Kanak-Kanak Cedera


TEMERLOH - Seorang maut, empat lagi parah dan seorang kanak-kanak cedera dalam kemalangan yang dilaporkan berlaku hari ini sebelum exit Temerloh. 

Menurut sumber tidak rasmi, tayar kereta jenis MPV yang dinaiki oleh kesemua mangsa pecah menyebabkan pemandunya hilang kawalan sebelum terbabas. 

Difahamkan, keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Kuala Lumpur untuk menghantar sebahagian keluarga yang akan pergi mengerjakan umrah pada keesokan hari. 



Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan sumber, kereta yang dinaiki keluarga berkenaan kelihatan remuk di bahagian belakang. Seorang kanak-kanak turut cedera di bahagian kepala, namun masih mampu menahan kesakitan itu. 

Laporan lanjut menyusul... - The Reporter
loading...

0 Response to "1 Maut, 4 Parah, Seorang Kanak-Kanak Cedera"

Post a Comment