(2 Gambar) Polis Tahan Gadis Hina Azan di Facebook, Tengok Apa Dia Tulis !

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang wanita selepas dipercayai memuat naik kenyataan menghina azan dan agama Islam dalam laman sosial Facebook (FB).  

Wanita berusia 26 tahun itu ditahan polis kira-kira jam 8 malam tadi, di sebuah rumah di Taman Rekamas, Simpang Renggam dekat sini. 

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata penahanan itu dilakukan selepas polis menerima satu laporan berhubung kejadian berkenaan Selasa lalu.  

Katanya, siasatan polis mendapati, suspek memuat naik kenyataan menghina azan dan agama Islam dalam FB bernama 'Kavvy Priyaa'. 

"Keadaan ini boleh mencetus suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Islam. 

"Polis turut merampas satu unit komputer riba dan telefon bimbit milik suspek," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.  

Wan Ahmad Najmuddin berkata, polis juga akan memohon reman terhadap suspek bagi menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan. 

"Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan aplikasi media sosial bagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni," katanya.

Kredit: mybuletin.net
loading...

0 Response to "(2 Gambar) Polis Tahan Gadis Hina Azan di Facebook, Tengok Apa Dia Tulis !"

Post a Comment