Berang Dihon Kerana Potong Barisan, Pemandu Tunjuk Jari Tengah


PETALING JAYA - Berang dibunyikan hon kerana memotong barisan, seorang lelaki tergamak menunjukkan isyarat lucah terhadap seorang pemandu wanita dalam kejadian tengah hari tadi di plaza tol sebelum Sunway. 

Neysa Anwar, yang memuat naik gambar pemandu berkenaan mendakwa, lelaki terbabit yang memandu kereta Perodua Myvi telah memotong barisan, sedangkan mereka yang beratur sudah menunggu hampir setengah jam. 

"This man really selfish and no manner. Orang lain que panjang almost half an hour sampai jammed belakang. Dia boleh terus masuk then bila orang hon and asked him to que, dia tak puas hati. 

"Dia keluar ketuk cermin and then tunjuk middle finger. What??" katanya. 



Neysa terkejut lelaki itu memilih untuk berkelakuan biadab berbanding mengangkat tangan dan meminta maaf. 


Menurut Neysa, bukan hanya dia yang membunyikan hon, malah beberapa pemandu di belakang turut membunyikan hon kerana tidak puas hati dengan tindakan lelaki itu. 

"If someone knew him and meet him at somewhere, please teach him some manner. Semua orang rushing, not only him. Typical Malaysian," katanya. - The Reporter

No comments

Powered by Blogger.