Berang Pelanggan Batal Tempahan, Pemandu Uber/Grab Car Viralkan Muka Pelanggan Di Media Sosial


Aduan dari Rahmat Amin Ismail

Untuk semua pemandu Grab Car / Uber. 

Assalamualaikum. Sebelum itu nak minta maaf kalau ada terkasar bahasa dan kata-kata. Cerita ini berdasarkan kejadian semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tiba di KLIA, memang saya tekan Grab untuk pulang ke rumah. Bila sudah booking dan driver itu sendiri telah menghubungi saya untuk mengesahkan booking, tiba-tiba sahabat saya dari Selayang mahu menjemput saya di KLIA tanpa mengenakan sebarang caj (terima kasih Azizol Aziz). Dan saya cepat-cepat batalkan tempahan Grab Car tadi sebelum pemandunya sampai di KLIA. 

Adakah membatalkan tempahan itu satu kesalahan? Kalau ya, sila nyatakan kalau ia salah di sisi undang-undang. 

Saya telah memaklumkan kepada pemandu berkenaan alasan saya membatalkan tempahan itu. Tetapi bila keesokkan harinya, ramai rakan-rakan saya memaklumkan bahawa gambar saya viral di laman Facebook atas tuduhan menipu Grab Car / Uber. 

Saya nak tanya kepada semua pemandu Grab Car / Uber, adakah saya bersalah sampai dicaci maki? Kenapa saya diperlakukan seperti ini hanya kerana saya batalkan tempahan? Adakah salah jika pelanggan membatalkan tempahan sebelum pemandunya tiba di lokasi yang dinyatakan? 

Saya sertakan gambar bukti bahawa saya telah membatalkan tempahan dan meminta maaf kepada pemandu berkenaan pada hari kejadian. Kalau pemandu Grab Car / Uber menyangka saya berniat untuk bermain dengan tempahan palsu, harap maaf. Bukan niat nak bermain dengan aplikasi Grab Car/Uber.  - thereporter
loading...

0 Response to "Berang Pelanggan Batal Tempahan, Pemandu Uber/Grab Car Viralkan Muka Pelanggan Di Media Sosial"

Post a Comment