‘Fizikalnya Memang Begitu. Dia Mengalami Disleksia Sejak Berusia 6 Tahun’ – Ibu Buntat



Buntat oh Buntat, semua orang bercakap tentang Buntat sejak kebelakangan ni

Semuanya gara-gara drama ‘7 Hari Mencintaiku’ yang bersiaran di TV3 pada jam 7 malam di slot Akasia.

Drama ini menampilkan pelakon ternama seperti Syukri Yahaya, Siti Saleha, dan Wan Sharmila. Tetapi yang lebih mencuri perhatian adalah watak Buntat lakonan Muhammad Ariff Abdullah yang baru saja berusia 12 tahun.





Nama Buntat menjadi lebih hangat apabila wataknya “dimatikan” pada episod 21 dalam drama tersebut. Masing-masing tidak boleh menahan air mata atas pemergian Buntat.





Kematian Buntat juga meninggalkan satu pengajaran yang sangat deep buat para lelaki di luar sana





Biasalah orang kita. Yang cantik, yang kacak diangkat. Yang fizikal tidak menarik dihina.

Tapi tidakkah anda tahu Buntat sebenarnya menghidap disleksia sejak berusia 6 tahun?

Ibu Buntat, Rosdiana Mastura Abdullah, 29, berkata, anak sulungnya itu mengalami disleksia yang hanya cenderung kepada perkara yang diminati sahaja.

Selain itu, Buntat atau Muhammad Ariff turut menghadapi masalah untuk membaca dan menulis. Namun, beliau mempunyai daya pemikiran normal yang sama seperti orang lain.





“Fizikal anak saya memang seperti dalam gambar dan TV. Dia mengalami disleksia sejak berusia enam tahun lagi. Disebabkan itu dia lebih gemar melakukan apa yang dia suka saja.

“Apabila mula bersekolah, dia ditempatkan di kelas pemulihan Bahasa Malaysia. Kekurangannya di situ sahaja, selebihnya dia seperi budak normal lain.

“Apabila ada segelintir pengguna laman sosial mengejeknya, saya tak terasa pun. Malah saya tak nak ambil kisah. Saya beranggapan mereka tak tahu keadaan sebenar anak saya,” katanya kepada Harian Metro.





“Saya tahu kelemahan anak saya, jadi apa saja persepsi yang dilemparkan kepadanya saya anggap ia lumrah dan perkara biasa dalam bidang ini. Saya juga percaya tidak semua orang suka dengan apa yang kita lakukan. Sebagai ibu saya mengajar anak untuk menerima setiap kritikan,” katanya lagi.

Sumber: kakishare

No comments

Powered by Blogger.