Gambar Peminjam Wang Disebarkan Di Media Sosial

Beribu-ribu gambar bogel yang melibatkan pelajar wanita di universiti di China, yang dijadikan sebagai jaminan untuk meminjam wang, telah bocor di dalam media sosial.
Gambar-gambar berkenaan telah dikongsikan oleh pengguna internet minggu ini. Menurut laporan, sumber gambar bogel itu adalah platform bagi peminjam wang dikenali sebagai Jiedaibao.
Bagaimanapun tidak diketahui siapa yang menyebarkan gambar-gambar terbabit. Majoriti peminjam adalah wanita muda yang dilahirkan antara tahun 1993 hingga 1997.
Jumlah sebenar mangsa tidak diketahui namun ada sesetengah pemiutang dikatakan turut meminta peminjam merakamkan gambar mereka bermasturbasi. Sebagai pertukaran, wanita terbabit akan ditawarkan pinjaman yang tinggi, dengan kadar antara dua ke lima kali jumlah pinjaman biasa.
Kadar faedah mingguan yang dikenakan adalah 3 peratus. Gambar-gambar bogel itu akan digunakan ke atas wanita terbabit jika mereka gagal membayar hutang.
Dalam pada itu, syarikat peminjam wang dalam satu kenyataan memaklumkan penggunaan gambar bogel sebagai jaminan merupakan perjanjian peribadi antara peminjam dan pemiutang.
Selain itu, kad pengenalan peminjam juga akan disimpan oleh syarikat peminjam wang tersebut.
Ia bukan kali pertama gambar bogel wanita yang meminta wang, dibocorkan malah pada Jun lalu, gambar sama telah memenuhui ruang forum internet. – mynewshub.cc
loading...

0 Response to "Gambar Peminjam Wang Disebarkan Di Media Sosial"

Post a Comment