Kerajaan MYANMAR Akan Menarik Semula 100,000 Pekerja Warga Myanmar Di Malaysia, Ini Nasihat MEF Kepada Najib

PETALING JAYA: Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) berkata tindakan Putrajaya dalam isu penindasan Rohingya akan memberi kesan kepada lebih 100,000 pekerja Myanmar di negara ini.


Pengarah Eksekutif Shamsuddin Bardan berkata pemerintah Myanmar mungkin memanggil balik warganya yang bekerja di sini susulan hubungan yang terjejas antara kedua negara.

“Kerajaan Myanmar tidak suka kita mengecam mereka,” katanya kepada FMT.

Menurut statistik yang disediakan kementerian sumber manusia, terdapat lebih 141,858 pekerja Myanmar di negara ini, dimana 71% daripada mereka bekerja di sektor pembuatan.

Shamsuddin menyarankan majikan supaya menggaji orang tempatan, termasuk pesara, sebagai ganti sekiranya Myanmar mengambil langkah itu.

Atau, kerajaan meminda undang-undang bagi membolehkan pelarian Rohingya bekerja di negara ini.

“Seramai 150,000 pelarian berada di negara ini. Kita boleh sahkan mereka supaya mereka boleh bekerja di sini.”

Menurut Suruhanjaya Tinggi PBB Bagi Pelarian (UNHCR), terdapat 150,669 pelarian setakat Oktober, dimana Rohingya membentuk 36% daripadanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan rancangan perintis yang membolehkan 300 Rohingya bekerja di sektor perladangan dan pembuatan.

Sementara itu, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) menyifatkan langkah memanggil balik warga Myanmar sebagai tindakan yang tidak adil buat golongan majikan.

“Langkah itu sama seperti melanggar kontrak pekerjaan dan barangkali majikan tidak akan dibayar ganti rugi,” kata Presiden Tan Sri Lim Wee Chai dalam emel yang diterima FMT.

Malah sekarang ini, tambahnya, para majikan menanggung kos setiap kali mereka mengambil pekerja asing seperti yuran perubatan, insuran dan levi.

Wee Chai mencadangkan kementerian dalam negeri dan imigresen supaya percepatkan kebenaran membawa masuk pekerja asing dari negara lain sekiranya Mynamar mengambil langkah itu.

Ia perlu supaya industri boleh mengisi kekosongan jawatan secepat mungkin, katanya.

Semalam, di himpunan solidariti bersama etnik Rohingya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengecam kerajaan Myanmar berhubung isupenindasan etnik Rohingya.


Sumber: 
malaysianewsss
loading...

No comments

Powered by Blogger.