Memberi kerakyatan kepada 700,000 orang asing sememangnya seperti tidak masuk akal, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

BANGI, 7 Rabiulawal 1438H, Rabu – Memberi kerakyatan kepada 700,000 orang asing sememangnya seperti tidak masuk akal, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah biasa melakukan perkara yang tidak masuk akal, termasuk memiliki RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

“Ya. Memberi kerakyatan kepada 700,000 orang asing memang bunyi tidak masuk akal. Tetapi Najib biasa membuat perkara-perkara yang tidak masuk akal, yang luar biasa.

“Di zaman Najib, orang yang membuat laporan polis berkenaan duit yang dilesapkan oleh Najib, disoal oleh polis, dimasuk dalam tahanan, dan dihadap ke mahkamah bersama dengan peguamnya atas tuduhan sabotaj ekonomi.

“Tak masuk akal. Bercanggah dengan undang-undang. Tetapi ini sudah berlaku.. Dan berpuluh lagi perkara yang tidak masuk akal sudah pun berlaku, dibawah pemerintahan Najib,” katanya dalam blog beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, bahawa adalah tidak munasabah 700,000 orang asing akan diberi kerakyatan dan tinggal di Johor.

Tun Dr Mahathir berkata, Bloomberg melapor bahawa di sekeliling Johor Bahru terdapat 60 projek yang boleh diduduki oleh 1.5 juta orang.

“Siapakah yang akan mengisi bangunan pencakar langit di kawasan Iskandar ini. Masuk akal kah jika orang Johor, Melayu, Cina dan India seramai 1.5 juta berpindah untuk tinggal dalam projek-projek mewah ini. Tak masuk akal.

“Untuk 1.5 juta orang asing tinggal di sekeliling JB masuk akal. Kononnya nak tinggal hanya 3 bulan musim sejuk sahaja. Sudah ada syarat dan perjanjiankah? Bolehkah kita gambarkan 700,000 orang terbang ke Johor untuk tinggal 3 bulan dan lepas itu 700,000 orang ini terbang balik dan tinggal bandaraya Iskandar JB kosong selama 9 bulan.

“Fikirkan 1.5 juta manusia mengosongkan bandar, pangsapuri, kedai, kilang selama 9 bulan. Sunyi senyap Johor Bharu. Masuk akal? Jika 1.5 juta orang asing ini pilih untuk tinggal, untuk bekerja untuk berniaga, untuk melahirkan anak sepanjang tahun dapatkah Mohamad Khalid MB halau mereka keluar,” katanya.

Tun Dr Mahathir mempersoalkan apakah status orang asing itu jika kerajaan tidak dapat menghalau mereka keluar.

“Apa kata kalau mereka tuntut untuk jadi pemastautin tetap. Apa kata kalau mereka tuntut kerakyatan Malaysia. Apakata kalau senyap-senyap mereka diberi IC Malaysia sebelum PRU 14.

“Mustahil! Tidak. Najib terdesak. Baginya membuat undang-undang untuk memiliki kuasa penuh, tangkap dan kurung orang, menamat jawatan, menyogok wang, mengguna Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menekan orang, bahkan Badan Pencegah Rasuah untuk menakut rakyat sudah diamal olehnya.

“Setakat memberi IC, mendaftar sebagai pengundi 700,000 orang asing adalah perkara biasa baginya. Mungkin tak sampai 700,000, mungkin lebih bukan masalah bagi Najib,” katanya.


Sumber: malaysianewsss
loading...

No comments

Powered by Blogger.