Peserta akhir Lawak Solo sindir pemimpin Sabah yang kaya raya

MAD Sabah, salah seorang peserta Lawak Solo dari Sabah yang aku cukup minat, dia punya lawak dari awal sampai akhir penuh dengan mesej sindiran yang bersahaja, malah dia berani mengkritik isu-isu semasa dan politik negara di dalam persembahannya sejak dari minggu pertama.
Aku dapat rasakan, Mad Sabah bukan setakat datang berlawak sebaliknya jauh di sudut hatinya mahu memperjuangkan isu-isu kemiskinan dan rasuah yang melanda rakyat negerinya.

Jika sebelum ini dia sekadar mencuit sedikit di sana sini tentang isu-isu Sabah, namun kali ini dalam saingan Lawak Solo Peringkat Akhir (Final) semalam, Mad Sabah nampaknya 'all out' dengan bersahaja memerli isu kemiskinan di Sabah dan mengutuk pemimpin negeri itu yang diketahui umum sedang mengaut kekayaan sedangkan rakyat bergelumang hidup dalam kemiskinan.


"Saya orang pedalaman Sabah, kampung saya kaya dengan flora dan fauna, kaya dengan keindahan pulau dan pantai, kaya dengan orang-orang miskin," kata Mad Sabah dalam persembahannya yang menerima gelak ketawa para penonton.

"Kampung saya tujuh puluh peratus penduduknya miskin, tiga puluh peratus pura-pura kaya,"

"Tapi saya hairan, penduduk kampung saya tujuh puluh peratus miskin, tapi seratus-peratus pemimpinnya kaya," tambahnya lagi, membuatkan penonton tergamam seketika sebelum kembali bergelak ketawa menyedari kebenaran dalam lawak tersebut.

"Dan setiap tahun pemimpinnya, dia akan cakap ramai orang yang keluar dari kemiskinan, tapi dia tak pernah kira berapa ramai yang masuk," katanya lagi meneruskan punchline yang turut menerima gelak ketawa penonton.

"Dan saya tak faham, pemimpin ni dibagi rumah, dibagi kereta, dibagi driver, tapi orang miskin macam saya dibagi apa? Dibagi tahu yang pemimpin dapat semua," tambahnya lagi.

Mad Sabah, berjaya melayakkan diri ke saingan akhir Lawak Solo yang berakhir semalam, walaupun hanya berjaya mendapat naib juara bagi aku dia adalah seorang pelawak tulen yang berlawak bukan sekadar untuk buat orang gelak, tapi juga menyedarkan rakyat tentang isu semasa.

Inilah jenis pelawak yang kita cari, bukan sekadar menghiburkan orang ramai, malah berjuang untuk rakyat dalam bidang yang diceburi. Kalau di luar negara sudah ramai pelawak seperti ini, semoga lebih ramai pelawak seperti Mad Sabah akan muncul di negara ini.

Kepada Mad Sabah, salam hormat dari aku, semoga kau berjaya dalam bidang yang diceburi. Kami akan terus menyokong kau.

Di bawah ini rakaman persembahan tersebut, sila klik link untuk menonton. — YouTube


Sumber: milosuam
loading...

No comments

Powered by Blogger.