Remuk Hati Isteri Apabila Kepercayaannya Dikhianati Suaminya Selama Ini


Suami pulas tombol pintu bilik dengan kasar dan mukanya menyinga. 

"Lambatnya! Aku tunggu dah lama, kau tau tak?! Kau nak anak itu kenyang sampah muntah susu ke? Mari sini, layan aku dulu!" bentak si suami. 

"Tetapi anak masih nak menyusu," kata isteri. 

"Mana yang lebih penting? Aku sebagai suami kau atau anak?!" 

Tanpa menunggu jawapan, si suami terus mengheret isterinya ke ruang tamu. Anak kecil pula menangis di dalam bilik kerana masih belum kenyang menyusu. 

Bukan nikmat yang isteri dapat, tetapi dia diliwat. Sambil menangis-nangis, dia mendapatkan si kecil dan menyusukan anaknya semula sehingga terlena dalam kesakitan. 

Awal Subuh dia bangun, membersihkan diri dan mengerjakan solat Subuh. Seperti biasa sebelum solat, dia akan mengejutkan suaminya terlebih dahulu. Kisah malam tadi, dia cuba lupakan. Namun seperti biasa, suaminya liat nak bangun. Isteri pun akur dan solat seorang diri. 

Usai mengadu kepada Allah, dia menyiapkan sarapan. Kemudian menguruskan anak-anak yang hendak ke tadika dan sekolah. Usai urusan dapur dan anak-anak, dia kejutkan si suami dari tidur yang lena. Melihat jam di dinding, si suami terus melenting. Habis semua caci-maki, carut-marut dan sumpah-seranah keluar dari mulutnya. 

"Perempuan bodoh! Babi sial! Tak boleh diharap! Baik kau mampus saja barulah senang hidup aku. Kau dan anak-anak kau hanya menyusahkan aku!" katanya. 

Si isteri sudah lalu mendengar semua itu. Hampir setiap hari dia menerima 'ayat-ayat cinta' seperti itu dari suami. 

Dia hanya mendiamkan diri meskipun suaminya pernah menghinanya di hadapan anak-anak. Itu semua sudah terlalu biasa. 

Sarapan pagi yang disediakan, langsung tidak disentuh. Dengan muka sinis, suami berkata, 

"Aku lebih berselera makan di kedai dari makan air tangan kau."

Sekali lagi dia mendiamkan diri. Dihampiri suami untuk bersalam kerana masing-masing hendak pergi. Suami pergi ke tempat kerja, manakala isteri pula menghanar anak-anak ke tadika dan sekolah. Si kecil berusia 6 bulan turut dibawa bersamanya. 

"Tak payahlah salam! Belum tentu kau tu masuk syurga, faham?!" 

Isteri diam sahaja diherdik sebegitu rupa. 

Masuk sahaja dalam kereta, suami terus buka WhatsApp.

"Sayang, temankan abang sarapan. Isteri tak buat sarapan langsung. Pemalas nak mampus. Tunggu abang tau, kita breakfast di tempat biasa," 

Si suami tersenyum puas. 

Di hujung minggu, isteri mengajak suaminya ke pasar raya, nak beli barang dapur yang sudah habis. Sampai di pasar raya, suami enggan keluar dari dalam kereta. 

"Eh, bawa anak-anak kau ni sekali," herdiknya. 

Tanpa perasaan, dia membiarkan saja isteri dan tiga anak mereka masuk ke pasar raya. Dia hanya menunggu di dalam kereta sambil melayani skandalnya dalam WhatsApp. 

Dua anaknya dimasukkan dalam troli. Yang paling kecil didukung dengan baby carrier. Selesai membeli barang-barang dapur, isteri menghubungi suami kerana kereta suami tiada di tempat menunggu tadi. 

"Dia dah ke mana?" soalnya dalam hati sambil memeriksa WhatsApp jika ada pesanan dari suaminya. Namun, tiada. 

Hampir 10 kali dihubungi, barulah suaminya menjawab panggilan. 

"Kau balik naik teksilah dengan anak-anak kau tu!" kata suami tanpa sempat dia berkata apa-apa. 

Matanya hampir bergenang namun ditahan jua. Gigih si isteri mendapatkan teksi. Syukur, tidak lama kemudian ada teksi yang datang. Kalau dia tahu begini, lebih baik dia pergi sendiri. 

Sampai di rumah, dia mendapati kereta suaminya ada. Dia malas nak menegur, sudah penat bergaduh dan lebih baik dia diam sahaja. Jika ditegur, dia juga yang teruk dimaki, disumpah bagai. Penampar dan sepak terajang sahaja yang belum. 

Hairan, ada kasut perempuan di luar. Isteri terdengar ada bunyi pelik yang datang dari bilik tidur mereka. Bunyi yang tidak asing lagi baginya. Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu bilik dan.. 

Lalu si isteri keluar dari rumah dan membawa anak-anaknya bersama. Hatinya remuk setelah segala kepercayaannya dikhianati oleh suami. 

Tidak lama selepas dia pergi, pegawai agama tiba dan menyerbu rumah mereka ketika suami sedang sedap melakukan maksiat. Rupa-rupanya sebelum keluar dari rumah, si isteri sengaja tidak mengunci pintu dan terus menghubungi pegawai agama. Malah terdapat beberapa jiran yang menjadi saksi melihat suaminya membawa perempuan ke rumah. Dan yang paling mengejutkan, perempuan itu dilihat kerap datang ke rumah mereka. 

Enam tahun berlalu, dia bukan lagi isteri, tetapi si janda berhias yang bahagia bersama anak-anaknya. Bekas suami sudah bernikah dengan perempuan yang ditangkap basah dengannya. Perempuan itu juga merupakan isteri orang sebelum itu, namun diceraikan talak tiga setelah suaminya mengetahui kejadian itu. 

"Aku hanya menghambakan diriku kepadaMu. Menumpukan cinta kepadaMu amat membahagiakan. Engkau takkan sama sekali menyakiti hatiku. Kekalkanlah kecintaan ku ini kepadaMu sehingga ke akhir hayat ku. Amin.." 

Sejak enam tahun lalu, itulah doanya. Dia nekad dan tidak akan terperdaya lagi pada cinta manusiawi. 

Semoga kisah ini menjadi ikhtibar buat semua. - KRT

Ditulis semula untuk siaran di The Reporter sahaja

No comments

Powered by Blogger.