Seorang Lagi Selebriti Buka Tudung, Ikut Jejak Uqasha Senrose



Ini merupakan satu lagi berita yang mengejutkan ramai.

Tentang seorang selebriti yang juga bekas penyampai radio Era FM iaitu Ira Mohd Amin yang kini telah membuka tudung.

Dilaman instagramnya, Ira kini memuatnaik gambar tidak lagi menutuop aurat setelah berhijab kira-kira 3 tahun yang lalu.

Ira yang kini bekerja di IM4U FM sememangnya sudah tidajk lagi berhijab.

Ini pula laporan dari MISS K (AstroGempak)

Miss K mendapat kiriman e-mel yang datangnya dari seorang wanita yang menggelarkan dirinya Cik Hijabi.

Kata Cik Hijabi, dia kesal dengan kelakuan seorang penyampai radio, Ira Mohd Amin yang kini kembali membuka tudung.

Tanpa berlengah masa, Miss K terus buka laman Instagram dan singgah terus ke akaun milik Ira.

Mula-mula Miss K pelik, eh, Ira ni post gambar throwback ke? Sebab gambar pertama yang Miss K tengok adalah gambar Ira yang tidak berhijab.

Setahu Miss K, Ira dah lama dah memakai tudung, semenjak dia masih bekerja di Era FM lagi.

Selak punya selak, betullah, Ira kini kembali free-hair dan tidak lagi memakai tudung. Ada beberapa foto menunjukkan Ira menampakkan rambutnya.

Miss K tak puas hati, Miss K terus semak pula laman Instagram stesen radio IM4U FM, tempat Ira bekerja sekarang.

Tepat apa yang disampaikan oleh Cik Hijabi, Ira memang dah tak bertudung sebab foto Ira dalam Instagram IM4U FM pun foto Ira yang mendedahkan rambutnya.


Patutlah dalam kandungan e-mel, Cik Hijabi meluahkan rasa kecewa. Cik Hijabi kesal Ira seperti memainkan hijab, sekejap pakai, sekejap buka. Cik Hijabi juga siap berpesan kepada Ira yang jangan ingat tudung itu hanya sebagai kain yang menutup kepala sahaja.

Seingat Miss K, pada tahun 2014 pun sudah timbul isu Ira buka tudung ketika melepak bersama Nana Mahazan.

Selepas menerima kecaman, Ira kembali mengenakan hijab dan kesal dengan tindakannya.

Kali ini, di penghujung 2016, Ira seakan nekad pula memuatnaik gambar tidak bertudung di laman Instagram dan untuk mengelak kecaman, ruangan komen beberapa foto Ira tidak berhijab telah ditutup.

Maknanya, Ira yang dulunya free-hair berubah berhijab, kembali free-hair sekejap, lepas tu berhijab semula selepas dikecam dan kini, Ira kembali free-hair semula.

Apa-apapun, Miss K hanya boleh memerhatikan sahaja dan berdoa yang murni-murni untuk Ira. Kita sendiri tak tahu apa yang Ira lalui, jadi lebih baik kita diam daripada memberikan komen lanjut.


Ini beberapa gambar terkini Ira:



Sumber: beritamemey
loading...

0 Response to "Seorang Lagi Selebriti Buka Tudung, Ikut Jejak Uqasha Senrose"

Post a Comment