(Video) Kejam! Dolphin Dipaksa Lompat Ke Dalam Gelung Berapi Di Sarkas Indonesia


INDONESIA - Video menunjuk seekor ikan lumba-lumba dipaksa melompat ke dalam gelung berapi dalam pertunjukan haiwan dikecam sebagai tindakan kejam menyeksa haiwan berkenaan, lapor Daily Mail. 

Ikan lumba-lumba itu juga dipaksa melakukan pelbagai aksi yang sukar dan seorang lelaki bertindak memukulnya selepas gagal melakukan aksi tersebut. 

Beberapa haiwan lain seperti beruang dan memerang juga dipaksa melakukan beberapa pertunjukkan sebelum dimasukkan ke dalam kandang kecil dan dimuat naik ke belakang sebuah trak.

Video tersebut dirakam dalam sebuah sarkas bergerak di Indonesia yang dimuat naik oleh Ric O'Barry's Dolphin Project. 

"Sangat sukar dipercayai, ikan lumba-lumba yang digunakan dalam sarkas bergerak itu mendapat sambutan yang hangat di Indonesia. 

"Sungguh kejam, Selepas tamat membuat persembahan dalam kolam plastik itu, ikan lumba-lumba itu akan diletakkan di belakang trak dan bergerak pula ke bandar-bandar lain. 

"Keadaan itu boleh menyebabkan haiwan berkenaan mati akibat stress melampau dan penjagaan yang tidak betul. 

Antara contoh pentas sarkas bergerak yang popular di Indonesia.
"Selain itu, terdapat bukti bahawa ikan lumba-lumba ini telah ditangkap secara tidak sah di lautan," kata Lincoln O'Barry.

Pengasas Jaringan Bantuan Haiwan Jakarta, Femke Den Haas berkata, apa yang dilakukan terhadap ikan lumba-lumba itu adalah kejam dan tidak boleh diterima. 

Ikan lumba-lumba ditangkap dengan cara seperti ini sebelum dipindahkan ke 'sangkarnya' dan diletak di belakang lori.
"Ikan lumba-lumba adalah haiwan akustik, menempatkan dan melakukan haiwan berkenaan sebegitu umpama berada di dalam neraka. Ikan lumba-lumba itu dalam kesakitan kerana terdedah kepada bunyi bising," katanya. 

Menurut Ric O'Barry's Dolphin Project, terdapat 72 ekor ikan lumba-lumba yang ditangkap secara haram di negara itu yang dijadikan sebagai haiwan sarkas bergerak yang popular di Indonesia. - The Reporter
loading...

0 Response to "(Video) Kejam! Dolphin Dipaksa Lompat Ke Dalam Gelung Berapi Di Sarkas Indonesia"

Post a Comment