[VIDEO] Selepas Bencana Kebakaran, Israel Kini Dilanda BANJIR BESAR Pula !

MINGGU lalu Israel dilanda kebakaran besar-besaran sampaikan mereka terpaksa meminta bantuan negara luar bagi memadamkan kebakaran yang teruk merebak.
[VIDEO] Selepas Bencana Kebakaran, Israel Kini Dilanda BANJIR BESAR Pula !
[VIDEO] Selepas Bencana Kebakaran, Israel Kini Dilanda BANJIR BESAR Pula !

Malah Palestin turut membantu negara Zionist itu untuk memadamkan kebakaran yang tidak dapat dikawal.



Namun dengan kuasa Allah, hanya selang sehari mereka meratapi kesedihan menghadapi bencana kebakaran, tiba-tiba mereka terpaksa melalui bencana banjir pula.


Banyak kawasan di Israel ditenggelami air berikutan hujan lebat yang turun mencurah-curah. Hujan yang diharapkan memberi rahmat memadamkan api kebakaran, rupa-rupanya membawa satu lagi bencana iaitu banjir.

Banyak kawasan terjejas, banyak harta benda yang musnah, kenderaan dihanyutkan air malah tak kurang berlakunya kejadian tanah runtuh akibat aliran air yang deras menghakis struktur tanah mengakibatkan sistem jalan perhubungan terputus menyukarkan kerja-kerja menyelamat.

Tinjauan aku di media sosial, ramai warga Israel memperolok dan menganggap kejadian ini berlaku kerana mereka terlalu banyak berdoa, maka tuhan telah menurunkan hujan lebih dari apa yang mereka perlu untuk padamkan kebakaran.

Malah ada yang menasihatkan orang ramai warga Israel supaya lain kali jangan berdoa terlalu banyak.

Sumber
loading...

0 Response to "[VIDEO] Selepas Bencana Kebakaran, Israel Kini Dilanda BANJIR BESAR Pula !"

Post a Comment