Banglo Mewah Aliff Syukri Kini Milik Nur Sajat

KALAU ada yang masih ingat, tahun lalu, jutawan kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri ada memaklumkan dia mahu menjual rumah lot banglo mewahnya di Seksyen 10, Kota Damansara dengan harga lelong RM11 juta.


Nampaknya hak milik banglo itu kini sudah pun bertukar tangan apabila berjaya dijual kepada rakannya yang juga seorang usahawan kosmetik, Nur Sajat.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Aliff Syukri menerusi laman Instagramnya.

Pun begitu, jumlah sebenar yang dibayar Nur Sajat untuk memilik banglo 10 bilik itu tidak didedahkan.
Menerusi posting itu, pengasas D’herbs ini turut menyatakan perasaan sedihnya apabila terpaksa meninggalkan banglo yang telah didiaminya selama lima tahun itu.
“Rumah pertama saya dan segalanya bermula di sini suka, duka, susah dan sedih semua ada sayang nak tinggalkan.
“Tahniah kepada usahawan perempuan @nursajat02 sebab menjadikan impiannya menjadi realiti untuk memiliki rumah banglo mewah 10 bilik ini, harap dapat jaga rumah ni sebaik-baiknya,” tulisnya.
Banglo Mewah Aliff Syukri Kini Milik Nur Sajat
JGayaHidup_DekorRumah_Hiasan-Bagaikan-Istana2e-1024x683
Dalam pada itu, Aliff Syukri memaklumkan dia akan berpindah ke rumah persinggahannya di kampung sementara menunggu rumah banglonya bernilai RM20 juta siap dibina.
Difahamkan, Aliff Syukri menjual rumah banglo rekaan ala istana itu kepada Nur Sajat termasuk dengan perabotnya sekali. – MYNEWSHUB.CC

No comments

Powered by Blogger.