Bapa Didakwa Rogol Dan Cabul Anak Kandung



Ayer Keroh – Seorang bapa dihadapkan di dua mahkamah berasingan di sini, hari ini atas dua tuduhan merogol dan mencabul kehormatan anak kandungnya yang berusia 21 tahun, 10 tahun lalu.

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh yang berusia 51 tahun dan bekerja sebagai buruh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berasal dari Telok Mas didakwa merogol anaknya di sebuah rumah di Pernu, jam 12 tengah malam, pada pertengahan 2007.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seskyen 376B Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 30 dan sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norshazwani Ishak tidak menawarkan jaminan, manakala tertuduh yang diwakili peguam bela Ishak Kari merayu jaminan dibenarkan dengan alasan kes itu boleh dijamin.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret pula, tertuduh didakwa mencabul anaknya di sebuah rumah di Telok Mas, jam 2 pagi, pada pertengahan 2015.

Pengakuan itu dibuat tertuduh di hadapan Majistret Analia Kamaruddin.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya dan peguam bela yang sama.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM30,000 bagi pertuduhan pertama, manakala RM10,000 bagi pertuduhan kedua dengan seorang penjamin.

Bagi kedua-dua pertuduhan, tertuduh dikenakan syarat melapor diri ke balai polis berhampiran pada setiap bulan dan dilarang mendekati mangsa. – BH Online

No comments

Powered by Blogger.