Benarkah Rawat Stroke Dengan Cara Cucuk Hujung Jari Berkesan?


Benarkah Rawat Stroke Dengan Cara Cucuk Hujung Jari Berkesan?|Sebelum ini pernah Viral rawatan first aid untuk stroke iaitu dengan mencucuk hujung jari. Anda boleh baca post itu dibawah ini”
“Jika ada di antara keluarga kita yang terkena stroke, jangan panik. Itu kuncinya. Sebab, jika anda panik, justru akan memburukkan lagi stroke yang dialaminya.
Ada 1st aid (langkah pertama) dijamin sangat berkesan. Cara ini sudah diperkenalkan secara meluas, agar menjadi pertimbangan masyarakat sebagai alternatif pertolongan pertama bagi orang yang terkena stroke.
Cara ini merupakan kaedah penyembuhan melalui “Pelepasan Darah”. Tujuannya untuk menolong si pesakit agar stroke itu tidak ‘fatal’. Bahkan dipastikan hampir tidak ada kesan sampingan.
Perlu diketahui, orang yang terkena stroke, pembuluh darah di bahagian otak lambat laun akan menuju ke proses perpecahan. Bila menghadapi keadaan demikian, jangan panik … jangan sekali panik.
Dimana pun pesakit berada (bilik mandi, bilik tidur, atau ruang tamu), jangan dipindahkan terburu-buru. Kerana bila dipindahkan, akan mempercepatkan proses pecahnya pembuluh darah itu.
Di tempat kejadian itu, alihkan si pesakit supaya dalam posisi duduk, agar dia tidak terjatuh lagi.
Setelah berada dalam posisi duduk, kini tiba masanya untuk melepaskan darah.
Jika di rumah ada jarum suntik, itu lah paling baik. Kalau tidak ada, pakailah jarum jahit atau jarum pentol. Sebelum itu, jarum sepatutnya disterilkan dengan dibakar api sejenak.
Kemudian tusuklah kesepuluh hujung jari kedua tangan agar berdarah. Bila darah tidak keluar, boleh dipicit atau diurut, hingga kesepuluh jari itu menitiskan darah (setiap jari setitis).
Beberapa minit kemudian, si pesakit dengan sendirinya akan sedar kembali.
Bila mulutnya sumbing atau condong,tariklah telinganya sampai merah. Di bahagian daun telinganya juga harus ditikam dua tusukan jarum, sehingga masing-masing telinga menitis dua titisan darah.
Beberapa minit kemudian mulutnya akan kembali normal.
Setelah semuanya dirasakan normal, tanpa gejala lain, barulah si pesakit dihantar ke tempat rawatan. Insya Allah masa krisis sudah boleh ditangani.
Jika anda terburu-buru mengangkut mangsa dengan ambulans, maka sepanjang jalan akan terjadi goncangan/gegaran. Sesampainya ke rumah sakit, hampir semua saluran darahnya akan pecah, dan akan berlaku pendarahan yang teruk di dalam otaknya.
Jika itu berlaku, mangsa sukar untuk diselamatkan oleh rawatan perubatan, ada mujizat pun sukar untuk mempertahankan nyawanya.
Umumnya, reaksi daripada ahli keluarga atau masyarakat ialah akan terburu-buru membawa pesakit stroke ke rumah sakit untuk rawatan. Padahal, kejutan sepanjang jalan akan mempercepatkan pecahnya pembuluh darah. Banyak pesakit yang mengalami kerosakan fatal di bahagian pembuluh darahnya.
Maka, pendarahan otak menduduki tempat kedua dalam ranking punca kematian. Mungkin ada yang bernasib baik kerana tidak fatal. Tetapi yang lumpuh seumur hidup merupakan suatu kerugian besar bagi si mangsa, keluarga, dan masyarakat.
Sememangnya pendarahan otak sungguh mengerikan.
Andai kita dapat mengingati cara pelepasan darah ini, maka itu dapat memberi pertolongan pertama. Oleh itu, dengan pantas dapat menolong si pesakit, supaya tidak berlaku kematian”

Di dalam post tersebut ada beberapa perkara yang perlu diterangkan agar tidak menimbulkan kekeliruan pada masyarakat:
1) Betul ke rawatan 1st aid untuk pesakit stroke adalah dengan mencucuk kesepuluh jari pesakit agar darah keluar daripadanya?
Penjelasan kami:
Stroke ataupun angin ahmar didefinasikan sebagai simptom masalah saraf sbg contoh kelumpuhan yang berlaku secara focal(melibatkan satu-satu anggota badan) ataupun global(melibatkan seluruh badan seperti pengsan, lumpuh secara keseluruhan)
Dan ia disebabkan masalah pada pembuluh darah dalam otak iaitu sama ada tersumbat ataupun pecah.
Stroke terbahagi kepada 2 jenis iaitu stroke yang disebabkan pembuluh darah pecah dikenali sebagai Haemorhagic stroke dan juga disebabkan saluran darah tersumbat iaitu Ischemic stroke.
Ketika stroke, sumbatan ataupun pendarahan pada otak telah pun berlaku. Perbuatan mencucuk semua jari sebenarnya tidak akan membantu pesakit. Ini kerana saluran darah yang bermasalah adalah dibahagian otak, bukan di kawasan jari.
2) Perbuatan menarik telinga ketika muka menjadi herot pun sama juga.
Muka menjadi herot, sumbing dan condong adalah disebabkan kawasan otak yang mengawal pergerakan otot kawasan tersebut telah pun terputus bekalan darahnya. Ini menyebabkan otot kawasan tersebut menjadi lemah. Maka, muka pun menjadi herot.
Dengan menarik telinga sehingga merah dan ditusuk pula daun telinga itu dengan jarum hingga berdarah, tidak akan membetulkan saluran darah yang berada dalam otak.
Kesian pesakit yang sedang terseksa di seksa lagi
3) Rawatan yang betul utk pesakit haemorrhagic stroke adalah DECOMPRESSIVE CRANIECTOMY. Iaitu pembedahan yg dibuat dengan membuka sebahagian tengkorak supaya tekanan dalam bahagian otak dapat dikurangkan. Rawatan ini bergantung kepada size pendarahan tersebut.
Jika kawasan pendarahan tersebut besar, selalunya baru doktor akan buat. Kalau kecil, kita akan observe dulu size pendarahan tersebut. Prosedur ini telah banyak menyelamatkan nyawa pesakit kerana objektifnya adalah jelas iaitu untuk mengurangkan tekanan di dalam otak.
Manakala rawatan Ischemic stroke pula adalah dengan memberikan ubat pencair darah seperti aspirin. Ubat ini bertindak mengurangkan pembentukan darah beku yang berlaku di dalam salur darah otak.
4) Mengangkat pesakit yang terkena stroke ke dalam ambulan tidak akan membuatkan pendarahan di dalam otak menjadi semakin teruk. Malah, pesakit yang mempunyai Haemorrhagic stroke mempunyai peratusan hidup yang lebih tinggi jika cepat dibawa ke hospital.
Ini penting supaya prosedur yang menyelamatkan seperti DECOMPRESSIVE CRANIECTOMY dapat dijalankan secepat yang mungkin.
5) Sedikit tambahan. Haemorrhagic stroke sangat berbahaya disebabkan pendarahan dalam otak akan menyebabkan tekanan dalam tengkorak semakin meningkat.
Apabila tekanan dalam tengkorak meningkat, otak akan di tolak keluar daripada tengkorak melalui satu lubang pada bahagian bawah tengkorak. Lubang itu dinamakan sebagai foramen magnum.
Keadaan ini dipanggil sebagai ‘brain herniation’ ataupun ‘coning’. Selalunya fungsi tubuh yg utama seperti kawalan pernafasan, tekanan darah dan sebagainya akan terganggu bila ‘brain herniation’ berlaku dan ia boleh menyebabkan kematian
Selain daripada itu, kajian menunjukkan bahawa haemorrhagic stroke mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi beranding ischemic stroke.
Nasihat kami, jika ada ahli keluarga yang terkena stroke, bawalah cepat-cepat ke hospital.Root of Science
Sumber: eberita

No comments

Powered by Blogger.