Bonjolan Di Dada Nora Danish Punca Netizen Naik Angin!


Siapa yang tak kenal dengan artis sensasi, Nora Danish dan bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangannya, pasti tahu yang dia kini berada di Tanah Suci Mekah.


Selain menunaikan umrah bersama keluarga, pelakon ini turut menjalani penggambaran untuk filem ‘Bukan Cinta Malaikat’ arahan Aziz M. Osman di sana.
Sudah menjadi kebiasaan, Nora gemar memuat naik gambar setiap hari untuk berkongsi aktivitinya bersama peminat.
Namun malangnya gambar-gambar tersebut menerima banyak kecaman dari pengikut yang berasakan tudung yang dipakai Nora tidak cukup labuh dan tidak menghormati tempat mulia itu.


Malah ada gambar yang dimuat naik menunjukkan dia memakai tudung yang menampakkan leher dan bonjolan di dada.
Ada juga yang mengatakan Nora bukan menumpukan ibadah sebaliknya sibuk mempromosikan jubah dan tudung yang dipakainya.




Sudah lumrah menjadi artis, buat apa pun pasti ada yang bercerita tentang keburukan dan kelemahannya. Namun, sepatutnya teguran perlulah dilakukan dengan penuh berhemah dan bukan dengan cara mengeji dan mengutuk.

 
  
Apa-apa pun semoga Nora terus maju jaya dan bebahagia di samping yang tersayang.
loading...

No comments

Powered by Blogger.