Dua Pelajar Pondok Mengaku Lakukan Seks

Dua Pelajar Pondok Mengaku Lakukan Seks|Dua pasangan remaja yang terdiri daripada tiga pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan seorang pelajar sekolah pondok ditangkap khalwat di dua lokasi berasingan di Kuala Nerus dalam operasi yang dijalankan sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) semalam.
Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Wan Mohd. Wan Ibrahim berkata, serbuan yang bermula pada pukul 9 malam itu berjaya menahan keempat-empat suspek yang berusia dalam lingkungan 22 hingga 25 tahun.
Beliau berkata, serbuan pertama berjaya menahan pasangan pelajar sebuah IPTA yang kedua-duanya berusia 22 tahun di sebuah rumah di Gong Badak, Kuala Nerus.
“Pada mulanya mereka enggan membuka pintu rumah dan akur dengan arahan anggota penguatkuasa JHEAT kira-kira 20 minit kemudian.
“Sewaktu ditemui kedua-dua didapati lengkap berpakaian namun sewaktu disoal-siasat mereka mengaku telah melakukan hubungan seks sewaktu berada di dalam rumah terbabit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sumber: eberita


No comments

Powered by Blogger.