Gadis Dicabul Warga Bangladesh Dalam Tandas Awam.



Petaling Jaya – Tindakan seorang pekerja pembersihan warga Bangladesh, yang memeluk dan mencium pipi gadis berusia 19 tahun di tandas awam membawa padah apabila dia dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman itu terhadap Md Shirajul Islam, 45, selepas dia yang sebelum ini mengaku tidak bersalah menukar pengakuan semasa pertuduhan terhadapnya dibacakan semula hari ini.

Mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman itu bermula daripada tarikh dia ditangkap pada 31 Okt tahun lalu.

Dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang bekerja sebagai penjual pisang goreng dengan niat untuk mencabul kehormatannya, iaitu memeluk dan mencium pipi kanan gadis itu di tandas awam di kawasan Downtown Serdang, di sini pada 10 malam, 29 Okt. lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia sudah insaf. – Utusan
loading...

No comments

Powered by Blogger.