Gambar 3 Kanak Kanak Didera Di Taska Tersebar





Gambar 3 Kanak Kanak Didera Di Taska Tersebar| Polis sedang menyiasat penyebaran gambar di laman sosial yang memaparkan tiga kanak-kanak didera dengan keadaan tangan dan mulut mereka ditutup di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) dipercayai berlaku di Bangi baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, pihaknya telah menerima laporan polis berhubung kejadian itu dan siasatan terperinci sedang dijalankan.
“Berkaitan dengan gambar kanak-kanak diikat dengan kain yang tular itu kita akan siasat untuk mengetahui kebenarannya,” katanya di sini hari ini.
Gambar kejadian itu tersebar luas sejak beberapa hari lalu apabila tiga orang kanak-kanak di sebuah taman asuhan kanak-kanak dipercayai di Bangi diikat di mulut dan tangan oleh penjaga sehingga menimbulkan kemarahan dan kegusaran ibu bapa.
Sumber: eberita


loading...

No comments

Powered by Blogger.