Ibu 8 Anak Kembar Terpaksa Berlakon Filem Lucah

California –Nadya Suleman yang pernah menggempar dunia dengan kelahiran bayi kembar lapan, tiga tahun lalu bersetuju membintangi filem lucah bagi membolehkannya membayar hutang berjumlah lebih RM2.9 juta.
Nadya kini telah pokai dan menangung hutang yang banyak, sehingga memaksanya mengemukakan permohonan muflis.Dia sebelum ini bergambar bogel dalam sebuah majalah hanya untuk mendapatkan bayaran sebanyak RM18,600.
Selepas gambarnya diterbitkan, Nadya berikrar tidak akan berlakon dalam filem lucah namun kini selepas rumahnya terpaksa dijual, dia tidak mempunyai pilihan lain lagi.


“Saya terpaksa menelan semua kata-kata saya untuk tidak berlakon dalam filem lucah. Apa yang penting saya mahu menjaga keluarga saya.“Jika saya mendapat bayaran yang lumayan dan boleh berpindah ke rumah yang saya mimpikan, maka saya akan melakukanya.,’’ katanya
Rumah yang didiaminya kini sepatutnya dilelong pada Isnin lalu, namun ia telah ditunda selama seminggu.Selain kembar lapan itu, dia juga mempunyai enam anak yang lain.Kelahiran kembar lapan itu adalah hasil teknik penyuburan yang dilaluinya.

loading...

No comments

Powered by Blogger.