Lelaki Melayu Poligami Kerana Zakar, Bukan Sebab Zikir



Satu status menjadi viral di laman Facebook apabila seorang pengguna Facebook memuat naik status yang mempertikaikan tujuan sebenar lelaki berpoligami.
Wanita terbabit yang menggunakan nama Asiah Abd Jalil, mendakwa lelaki hanya berpoligami hanya disebabkan nafsu semata-mata dan bukannya kerana takutkan Allah.

“Lelaki yang berpoligami ni rata-ratanya sebab zakar (nafsu), bukan sebab zikir (takutkan Allah) pun. Sebab tu mereka pilih isteri kedua lebih teliti berbanding masa pilih isteri pertama dulu,” katanya dalam komen di Facebook.
Tidak lagi relevan

Amalan poligami patut dihapuskan, walaupun dibenarkan dalam Al-Qur’an, kerana ia sudah tidak sesuai dengan konstruk sosial masyarakat zaman sekarang.
Sama seperti sistem perhambaan yang telah dihapuskan, walaupun dibenarkan dalam Al-Qur’an, kerana ia sudah tidak sesuai dengan konstruk sosial masyarakat zaman sekarang.


Bukan menolak sunnah, tapi…

1. Masyarakat barat telah menolak dan menghapuskan child marriages. Zaman telah berubah. Konstruk sosial masyarakat hari ini memandang child marriages sebagai satu bentuk penindasan dan kezaliman terhadap kanak-kanak perempuan.
2. Masyarakat barat telah menolak dan menghapuskan poligami. Zaman telah berubah. Konstruk sosial masyarakat hari ini memandang poligami sebagai satu bentuk penindasan dan kezaliman terhadap wanita.
Perkara (1) dan (2) kedua-duanya adalah sunnah Nabi. Siapa kata sunnah Nabi relevan sepanjang zaman?

Lelaki lemah suka poligami

“Poligami adalah lambang kelemahan lelaki.”
(Nak masuk syurga, tak cukup dengan seorang isteri. Kena ada berbilang isteri untuk menemaninya. Kesian…)
“Talaq ialah lambang kekuatan wanita.”
Kalau sebuah perkahwinan hanya mendekatkan seorang wanita dengan neraka, eloklah wanita tersebut bersendirian mencari jalan lain ke syurga
Ikut perkembangan zaman

Al-Qur’an tulis, boleh menggauli hamba secara seksual (“…au maa malakat aimaanuhum…”). Malah Nabi juga menggauli Mariatul Qibtiah hingga lahir anak lelaki.
Adakah hukum dan sunnah ini relevan sepanjang zaman, jika dunia sudah menghapuskan perhambaan? Atau mungkinkah umat Islam perlu wujudkan kembali perhambaan, agar selari dengan ayat Al-Qur’an dan sunnah Nabi?

Kalau macam ini lah…

Pak lebai sekelian, jika inilah cara pemahaman kalian tentang status saya, maka saya semakin yakin dengan jelas, bahawa hujah agama kini diterajui oleh pemikir-pemikir yang tidak competent.
Tidak ada salahnya Nabi mengahwini seorang kanak-kanak pada zaman baginda. Ia malah dianggap mulia.

Juga tidak dilihat jelik bila seorang lelaki berusia 30 tahun mengahwini anak gadis berusia 13 tahun, sehingga dekad 1970-an.

Istilah pedofilia ini adalah imaginasi pak lebai. Bukan dari saya.
Kepada pak lebai. Status ini ditulis oleh saya dengan sangat teliti. Di mana yang menunjukkan saya mengharamkan apa yang Allah halalkan? Di mana yang menunjukkan saya menolak ayat Al-Qur’an?
Thinking level pak lebai sungguh mengecewakan. Kalau tahap penguasaan bahasa dan aplikasi ilmu mantik pak lebai cikai cenggitu, macam mana pak lebai nak perjuangkan kebesaran Al-Qur’an?

No comments

Powered by Blogger.