Restoran Dituduh Hidangkan Kaki Manusia Selepas Pelayan Muat Naik Gambar Semangkuk Kaki Berdarah



Sebuah restoran China di Itali dituduh menghidangkan bahagian badan manusia sebagai hidangan selepas seorang pelayan restoran tersebut memuat naik foto semangkuk kaki manusia - yang dikatakan diambil di dapur restoran itu.

Menurut Express.co.uk, foto itu dikatakan diambil di dapur restoran di Padua, utara Itali selepas seorang pelanggan memesan menu istimewa kaki beruang.

Pelayan terbabit, yang tidak dinamakan, memuat naik foto 'kaki beruang' di internet dan salah seorang pelanggan tetapnya terlihat foto tersebut.

Pelanggan itu kemudian melaporkan imej terbabit kepada pihak berkuasa dan polis memulakan siasatan terhadap restoran tersebut.

Pihak berkuasa tidak menemui sebarang kesan daging beruang di dapur resotran, biarpun makanan itu dipaparkan di menu restoran terbabit.

Bagaimanapun, pihak berkuasa ada menemui kaki katak dan juga isi ketam yang masih lagi segar.

Polis juga mendapati peti sejuk, lantai dan oven yang diliputi dengan minyak gris.

Polis kemudian meminta nasihat forensik patologi, yang berkata imej terbabit sememangnya menunjukkan kaki manusia, tetapi mereka akan menerusikan siasatan asal usul imej terbabit.

Menu kaki beruang di menu restoran terbabit.

Sumber: The Sun

No comments

Powered by Blogger.