Selepas kena "sound" , Ini kenyataan Balas Annuar Musa Terhadap TMJ

KUALA LUMPUR – “Ada usaha nak jadikan polimik dalam Facebook begitu peribadi. Saya tidak berminat. Saya sedar saya hanya seorang rakyat biasa..terlalu kecil, terlalu dhaif.”

Itu kenyataan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dipercayai merujuk kepada kritikan terbuka Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ke atas beliau.

Kata Annuar, penghinaan demi penghinaan dilemparkan ke atasnya tetapi beliau menerimanya dengan berlapang dada dan tidak akan memanjangkan perkara tersebut.

“Malah saya hairan bagaimana kenyataan saya yang berniat menyokong disalah erti begitu rupa. Tidak mengapalah..biar kita yang mengalah.

“Saya cuba tumpu membantu TRW (pasukan Kelantan) sekadar mampu bersama pihak lain yang pastinya juga turut membantu. Doa saya agar Kelantan terus bersaing di Liga Super,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.


Annuar dalam pada itu menegaskan, lebih bayak beliau dihina membuatkan beliau lebih bersemangat untuk membantu pasukan Kelantan walaupun tanpa sebarang jawatan.

Justeru, Annuar memohon maaf kepada semua pihak dengan menegaskan beliau tidak berniat untuk bersikap `peribadi’ dengan mana-mana pihak.

“Terima kasih pada semua. Semoga Allah S.W.T memberkati kita semua sepanjang tahu 2017 dan seterusnya,” katanya.

Sebuah portal berita propembangkang semalam melaporkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Annuar agar jangan cuba ‘menjolok sarang tebuan’ kerana kelak buruk padahnya memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-14 sudah semakin hampir.

Annuar sebelum ini membantah berhubung cadangan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ditadbir secara proksi seperti dilontarkan oleh sebuah persatuan bola sepak.

Bekas Presiden KAFA itu menyatakan Tunku Ismail perlu disokong menjadi Presiden FAM tetapi baginda wajar menjelaskan pendirian sama ada mahu menerima tugasan tersebut. – MYNEWSHUB.CC


Read more: http://www.britaharian.com/2017/01/selepas-kena-sound-ini-kenyataan-balas.html#ixzz4UcC12fV6

No comments

Powered by Blogger.