(VIDEO LIVE) Siaran langsung rogol di Facebook



Stockholm: Tiga lelaki ditangkap kerana disyaki merogol seorang wanita dan serangan selama tiga jam di Uppsala, dekat Stockholm. itu disiarkan secara langsung melalui Facebook, Ahad lalu.

Seorang saksi, Josefine Lundgren, 21, yang menyaksikan kejadian itu di dalam talian melaporkannya kepada polis selepas melihat mangsa diserang lelaki bersenjata dan dibogelkan.

Wanita itu yang terkejut melihat mangsa seperti separuh sedar ketika diserang, terus menghubungi polis.

Hasil laporannya, polis sempat datang ke tempat kejadian dan memadamkan kamera sebelum menahan tiga lelaki terbabit.

“Jenayah rogol itu disiarkan secara langsung di Facebook,” kata polis dalam kenyataan.

Tiga lelaki itu berusia antara 19 hingga 25 tahun, manakala wanita yang menjadi mangsa berusia 31 tahun. - hmetro.com.my

No comments

Powered by Blogger.