Tolonglah Cantumkan Semula Kemaluan Anak Saya”Rodziah”

Tolonglah Cantumkan Semula Kemaluan Anak Saya”Rodziah”|Keluarga kepada seorang kanak-kanak lelaki yang terpotong sebahagian kemaluannya ketika bersunat berharap untuk mendapat bantuan pakar bagi melakukan pembedahan mencantumkan semula bahagian kemaluan yang terpotong.

Peguam, P. Uthayakumar yang mewakili ibu bapa kanak-kanak itu, Ali Akhbar Pakkeer Mohamad dan Rodziah Abdul Razak, berkata keluarga kanak-kanak berusia sembilan tahun itu mahu tindakan segera dilakukan memandang ia satu isu yang sensitif dan melibatkan masa depan anak mereka.
“Ibu bapa kanak-kanak ini telah diminta oleh sebuah pusat kesihatan swasta untuk merujuk kepada HKL (Hospital Kuala Lumpur) memandangkan tiada pakar yang boleh menjalankan prosedur pembedahan pencantuman organ di situ.
“Jika HKL tiada kepakaran yang boleh membantu anak itu, saya memohon bantuan HKL, pusat zakat mahupun Baitulmal supaya mendapatkan pakar di luar negara seperti di Singapura untuk menjalankan pembedahan mencantumkan semula bahagian kemaluan itu,” katanya kepada pemberita di HKL, di sini Jumaat.
Uthayakumar berkata, keadaan semakin rumit apabila bahagian kemaluan yang terpotong itu sudah bertukar menjadi kehitaman.
Bapa kanak-kanak itu, Ali Akhbar berkata pada 15 Disember lepas, ketika menjalani proses berkhatan di sebuah klinik di Jalan Ipoh, doktor yang mengkhatankan anak lelakinya itu telah terpotong bahagian depan kemaluan hingga putus dan doktor itu mengaku atas kecuaiannya.
Menurutnya, doktor itu menjahit semula bahagian yang terpotong namun dilakukan secara salah dan kemudian beliau diminta doktor berkenaan untuk merujuk kepada pusat kesihatan pakar swasta yang akhirnya diminta rujuk ke HKL.
Namun, sehingga kini, katanya HKL belum memberi penjelasan mengenai keadaan anaknya itu dan tindakan yang boleh diambil untuk kes anaknya walaupun kejadian berkenaan telah berlaku lebih dua minggu.
Beliau meminta supaya HKL memberikan bantuan yang sewajarnya kerana anaknya masih kecil dan tidak mahu perkara sedemikian memusnahkan harapan dan masa depan anak kesayangan mereka.
Tambah Ali Akhbar, melalui peguamnya satu surat rasmi telah dihantar kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah HKL, Datuk Dr Zainiah Mohd Zain semalam bagi mendapatkan respons.

Sumber: penhijaudaun
loading...

0 Response to "Tolonglah Cantumkan Semula Kemaluan Anak Saya”Rodziah”"

Post a Comment