Tragedi ambang 2017, 10 cedera terkena letupan mercun


KLANG - Sambutan ambang tahun baru 2017 bertukar menjadi huru hara apabila 10 pengunjung cedera terkena letupan bunga api, tengah malam tadi, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian di Kompleks Sukan Pandamaran, malam tadi, orang ramai bertempiaran lari selepas bunga api yang digunakan untuk pertunjukkan itu meletup di tanah sebelum sempat ke udara. 

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Haru berkata, pihaknya dimaklumkan oleh anggotanya yang bertugas di komplekas berkenaan. 

"Kami menerima panggilan pada jam 12.10 tengah malam. Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi kejadian. 


"Tujuh mangsa melecur di kaki, manakala tiga lagi mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut," katanya, - The Reporter
loading...

No comments

Powered by Blogger.