Video : Aksi Akak bertudung dalam tandas sangat memalukan !!

Dunia hari ini sangat mencabar tambahan di Malaysia jika tiada sumber pendapatan sampingan boleh menyebabkan stree dan gila jadi tak hairanlah mengapa ada yang sanggup bunuh diri

Untuk menjadi seseorang yang berjaya perniagaan adalah perkara paling sesuai selain sertai atau memegang jawatan dalam UMNO. Dimalaysia jika anda ingin kaya cepat sertai UMNO lebih daripada ahli biasa dengan lebih tepat lagi buat seperti jamal pasti anda kaya 

Atau pilihan kedua ceburi bidang perniagaan. Sebut sahaja meniaga semua orang mahu meniaga tapi paling mengecewakan ada yang sanggup memalukan diri sendiri contoh seperti aweks dalam vvideo ini. Rakam jual produk dan aksi dalam tandas kemudian viralkan untuk dapatkan perhatian 




Nak berniaga jangan jadi seperti akak di atas ikuti panduan perniagaan yang dikongsikan oleh usahawan.com


Seiring dengan kemajuan dunia pada masa kini, kos sara hidup juga dilihat semakin meningkat naik. Kos yang tinggi itu kadangkala menjadikan kita bekerja bukan untuk meneruskan kehidupan tetapi kita hidup untuk bekerja bagi menanggung kos hidup dan juga membayar segala hutang yang tertunggak. Oleh itu, ramai yang mula mencari tambahan dengan melakukan perniagaan melalui Internet/secara online.

Kos operasi yang rendah dan potensi keuntungan yang lumayan menjadi sebab utama ramai orang memilih perniagaan internet untuk mencari sumber pendapatan tambahan. Selain itu, anda juga tidak memerlukan kedai ‘fizikal’ dan ini membolehkan anda berniaga di mana-mana sahaja tanpa perlu menyewa kedai. Anda juga tidak perlu bersemuka dengan pelanggan, tetapi hanya perlu berhubung dengan mereka melalui medium-medium sosial seperti Facebook, Emel, Twitter dan lain-lain lagi. Tambahan pula, perniagaan internet ini boleh dijalankan dari rumah dan hal ini secara tidak langsung membolehkan anda bersama keluarga tersayang setiap hari.

Sebelum anda ingin memulakan perniagaan internet, anda perlu tahu apa yang anda ingin niagakan, potensi perniagaan tersebut, dan yang paling penting, berapa jumlah modal yang anda sanggup keluarkan. Semua ini perlu diambil kira untuk memastikan perniagaan internet anda berjalan dengan lancar. Jika kita tinjau pasaran sedia ada, kuasa membeli-belah di dunia pada masa kini didominasi oleh wanita. Wanita gemarkan sesuatu yang boleh membuatkan mereka menjadi cantik dan boleh didapati dengan mudah. Oleh itu, perniagaan internet yang sesuai untuk anda jalankan bagi memenuhi kehendak wanita di luar sana tentunya adalah perniagaan produk kecantikan/kosmetik!

Bagaimana nak bermula?

Buat sendiri produk anda dan jenamakan


Jika anda seorang yang kreatif dan inovatif, langkah ini sangat sesuai untuk anda. Cuba gunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling anda dan gabungkan bahan-bahan tersebut menjadi satu produk baru.

Contoh: Anda boleh hasilkan ‘mask’ muka anda sendiri yang diperbuat daripada oat, madu dan herba, kemudian jual secara online. Pada peringkat permulaan, mungkin anda boleh promosikan kepada keluarga atau sahabat rapat. Jika respon yang diterima memberangsangkan, tidak mustahil untuk produk di atas jenama anda sendiri ini bakal diterima di seluruh negara pula.

Jadi pengedar sah kepada produk kecantikan yang sedia ada di pasaran


Syarikat kecantikan atau kosmetik yang sedia ada di pasaran selalunya akan mencari dealer sah atau stokis untuk produk mereka bagi memenuhi permintaan pelanggan yang datang dari seluruh negara. Inilah peluang keemasan yang tidak boleh anda lepaskan. Anda boleh cuba hubungi mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti modal yang perlu dikeluarkan dan lain-lain lagi. Selepas itu, mula iklankan perkhidmatan secara online. Jangan risau tentang pelanggan, kerana jika kita menjual produk yang sudah mempunyai nama di pasaran, pasti akan ada pelanggan yang membelinya kerana nilai ‘customer loyalty’ sudah ada pada produk tersebut.

Contoh: Syarikat D’Herbs yang dimiliki oleh Datuk Aliff Syukri mempunyai beratus rangkaian stokis dan dealer sah yang memasarkan produknya sama ada di atas talian mahupun secara terus(kedai).

Agen dropship


Selain daripada aktiviti jualan secara terus (kedai), terdapat banyak produk kecantikan yang sudah laris di pasaran menawarkan khidmat dropship kepada usahawan-usahawan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan. Apa yang menariknya jika anda menjadi seorang agen dropship adalah yuran yang dikenakan sangat rendah dan kadangkala percuma. Malah, anda juga tidak perlu mengendalikan urusan penghantaran dan penyimpanan stok. Anda hanya perlu promosikan sahaja produk dropship anda di medium-medium sosial yang anda miliki dan bersedia menikmati keuntungan di atas setiap ‘order’ yang anda terima.

Contoh: Kedai online popular WJPHOUSE Online Shop Beauty & Health yang dimiliki oleh Noorain bt Seman membuka peluang kepada sesiapa yang ingin menjadi Agen Dropship mereka dengan yuran pendaftaran hanya RM20. Antara kelebihan yang bakal diterima antaranya adalah mendapat harga yang jauh lebih murah daripada pelanggan biasa dan menjual produk tanpa perlu menyimpan stok.

Cara pemasaran dan medium pembayaran


Maksimumkan penggunaan media sosial yang anda miliki untuk mempromosikan produk anda. Cipta ‘page’ produk anda di Facebook dan ‘invite’ semua rakan Facebook anda. Jangan lupa untuk kongsikan testimoni produk anda. Hal ini akan menambahkan keyakinan pelanggan untuk membeli produk anda. Harus diingat, jika anda ‘upload’ gambar produk anda, jangan lupa untuk sertakan maklumat mengenai produk tersebut. Pelanggan akan mudah tawar hati untuk membeli apabila tiada maklumat yang boleh didapati pada gambar tersebut. Jika anda mempunyai kepakaran yang lebih berkaitan IT, anda boleh cipta website untuk kegunaan perniagaan anda. Anda boleh jadikan website tersebut dalam bentuk blog mahupun shopping cart. Yang paling penting, pastikannya menarik, unik, dan senang untuk diingati oleh pelanggan.

Bagi medium pembayaran, anda perlu tentukan sama ada untuk menerima bayaran melalui kad kredit, ‘online transfer’, dan lain-lain lagi. Untuk memaksimumkan keuntungan anda, adakan semua pilihan medium pembayaran yang ada agar pelanggan tidak punya alasan lagi untuk membeli produk anda!

Tips ringkas


Jangan malu untuk memulakan perniagaan anda sekecil yang mungkin. Jangan laburkan wang yang terlalu banyak pada peringkat permulaan, dan jika anda menggunakan kemudahan pinjaman bank untuk memulakan perniagaan, anda akan berada di dalam situasi tertekan dengan bebanan hutang. Fokus anda bukan lagi untuk mengembangkan perniagaan sebaliknya membayar hutang. Selain itu, jangan malu untuk menerima kritikan dan sentiasa bersedia untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

Sumber: britaharian
loading...

0 Response to "Video : Aksi Akak bertudung dalam tandas sangat memalukan !!"

Post a Comment