[VIDEO] Gara-Gara Lori Tergesel Kereta "DATO'". Pemandu Lori LUNYAI Dibelasah 5 Pengawal Peribadi !!!


GOMBAK, SELANGOR - Video rakaman seorang lelaki dipercayai pemandu lori dibelasah sekumpulan lelaki, viral di media sosial. 

Video berdurasi hampir tiga minit itu menunjukkan mangsa dipukul bertubi-tubi oleh seorang lelaki berbaju hijau dan kepalanya disepak 12 kali sehingga terkulai layu. 

Seorang lagi lelaki dipercayai rakan mangsa juga turut disepak. namun berjaya melarikan diri dari kawasan kejadian di Atheneum Peak, Bukit Antarabangsa.

Menurut laman Info Roadblock JPJ/Polis, kejadian tersebut berlaku pada 14 Januari lalu dan mangsa dibelasah oleh pengawal peribadi seorang lelaki berpangkat datuk kerana tergesel kereta milik orang kenamaan berkenaan. 


Sementara itu di media sosial, netizen mendesak pihak polis menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan terhadap individu-individu yang terlibat.

Terdahulu seorang lelaki berpangkat 'Datuk' menyerang seorang pengawal keselamatan dengan alat pemotong besi di sebuah kondominium kerana berang tayar kenderaannya dikunci. - The Reporter


Sumber: malaysiakubaru
loading...

No comments

Powered by Blogger.