Wanita Dakwa Sunnah Nabi Tidak Relevan Untuk Zaman Ini



Satu status di laman Facebook menjadi viral apabila seorang wanita mendakwa bahawa sunnah Nabi Muhammad tidak lagi relevan untuk di amalkan pada zaman ini.

Wanita tersebut yang menggunakan nama Asiah Abd Jalil mendakwa bahawa Sunnah nabi seperti berkahwin awal dan poligami dianggap sudah tidak relevan.

“Masyarakat barat telah menolak dan menghapuskan child marriages. Zaman telah berubah. Konstruk sosial masyarakat hari ini memandang child marriages sebagai satu bentuk penindasan dan kezaliman terhadap kanak-kanak perempuan.

“Masyarakat barat telah menolak dan menghapuskan poligami. Zaman telah berubah. Konstruk sosial masyarakat hari ini memandang poligami sebagai satu bentuk penindasan dan kezaliman terhadap wanita.

“kedua-duanya adalah sunnah Nabi. Siapa kata sunnah Nabi relevan sepanjang zaman”katanya dalam status berkenaan.

Tindakan memuat naik status ini di akaun miliknya menarik perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka tidak bersetuju dengan status berkenaan.

Dalam pada itu, tinjauan SuaraTV di laman Facebook Asiah mendapati, suaminya adalah merupakan tenaga pengajar untuk sekolah pondok agama dan merupakan penyokong kepada parti PAS.


Terdahulu, Asiah dalam status yang berlainan mengesa agar poligami di Malaysia harus diharamkan kerana tidak lagi relevan.-SuaraTV
loading...

No comments

Powered by Blogger.