Angkara manusia, saluran pernafasan penyu laut ini tersumbat dengan penyedut minuman

Video menyayat hati ini dirakam oleh sekumpulan penyelidik dari Christine Figgener (Texas A&M University) yang menjumpai seekor penyu laut jantan dari jenis Olive Ridley ketika mereka membuat kajian laut dalam di Costa Rica.



Dalam video tersebut, kelihatan seperti sesuatu tersumbat di saluran penafasannya yang dipercayai penyedut minuman. Para penyelidik tersebut cuba menarik penyedut minuman tersebut menggunakan playar.

Seperti kita tahu, plastik sangat sukar untuk terurai jadi sukar untuk kita kenal pasti berapa lama penyedut minuman tersebut berada di saluran pernafasannya mengganggu kehidupan penyu tersebut.

Kelihatan penyu itu mengalirkan air mata ketika mereka cuba menyelamatkannya. Malah, darah juga kelihatan mula keluar dari saluran pernafasannya.  Penyu tersebut juga mula mengerang setiap kali penyelidik itu cuba menarik keluar penyedut minuman bersaiz sekitar 10-12 cm.

Mujur penyedut minuman tersebut dapat dikeluarkan.

Lihat video berdurasi 8 minit ini untuk menguji, masih adakah simpati dalam diri kita untuk sama-sama menjaga kebersihan alam sekitar.

Sumber: Era Baru

No comments

Powered by Blogger.