Budak 3,5 tahun 6 jam duduk menggigil di tepi jenazah ibu dan kakak

Budak 3,5 tahun 6 jam duduk menggigil di tepi jenazah ibu dan kakak|Seorang kanak kanak berusia 3.5 tahun terpaksa duduk disisi jenazah ibunya selama 6 jam  akibat rumah mereka ditimpa tanah runtuh di Bangli Bali jumat 10/17 kelmarin.



Kanak kanak berkenan dikenali sebagai Aris yang turut menyaksikan kematian ibu, nenek,sepupu serta kakaknya yang masih berusia 10 tahun.

Dalam kejadian yang berlaku jumat kelmarin Sekitar jam 1 pagi,bapa Aris berada di Hospital untuk menjaga ayahnya yang sedang sakit.

Beliau menitipkan kedua anak dan isteri kepada ibunya dirumah,ketika itu hujan lebat berterusan selama tiga hari berturut turut sebelum kejadian berlaku.

Keadaan kampung yang suram akibat awan gelap,malang tidak berbau apabila kampung itu turut diguncang  gempa berukuran sederhana hingga mengakibatkan tanah di sekitar rumah mangsa runtuh.

Dalam bilik rumah berkenan diduduki oleh 5 orang  dan hanya Aris yang selamat,sementara 4 lagi ahli keluarganya meninggal dunia ditempat kejadian.


Kejadian tanah runtuh yang menimpa rumah nenek Aris disedari oleh warga selepas pagi,bagaimanapun aris ditemui duduk Kedinginan di tepi jenazah ibunya sambil menangis dibawah hujan deras.

“Saya sangat sedih melihat Aris ketika pertama kali ditemukan dalam keadaan menggigil ,ia meraung sebaik kami melihatnya,tangannya terus diangkat ke atas meminta didukung dan simpati,sebaik kami mengangkatnya ia masih cuba menunjuk nunjuk jari ke arah jenazah ahli keluarganya yang lain” kata saksi.
Sebelumnya pemberita memaklumkan bahwa tragedi tanah runtuh di tiga desa daerah Bali telah memakan mangsa seramai 12 orang termasuk seorang wanita serat mengandung,hingga kini penduduk  tiga kampung berkenan masih lagi berada dalam pengungsian.

No comments

Powered by Blogger.