Dulu dibuang ibu bapanya, kini Hope pulih sepenuhnya

AFRIKA - Seorang kanak-kanak yang ditinggalkan dalam kelaparan dan dibiarkan mati oleh ibu bapanya kerana menyangka dia sebagai ahli sihir pada tahun 2016, kini dilaporkan telah sihat sepenuhnya dan ceria ketika menghadiri hari pertamanya di sekolah.



Kaanak-kanak malang itu yang dikenali sebagai Hope sebelum ini pernah menarik perhatian seluruh dunia selepas dia ditemui oleh seorang pekerja amal dalam keadaan kurus, berbogel dan perutnya penuh dengan cacing selepas ditinggalkan. 

Hope kini dilaporkan telah pulih dan sihat seperti kanak-kanak yang lain, juga sudah bersedia untuk menjalani alam persekolahan dengan seragam merahnya itu. 






Lapor Daily Mail, Hope dibuang oleh keluarganya kerana mereka menyangka dia adalah ahli sihir dan ditemui di jalanan oleh Anja Ringgren Loven, warganegara Denmark yang tinggal di Afrika, pada Januari 2016. 

Setelah genap setahun, Loven memuat naik gambar sebelum dan selepas yang menunjukkan dia memegang botol air dan memberi kanak-kanak itu minum.




Sumber: thereporter
loading...

No comments

Powered by Blogger.