‘Dulu makan gaji, kini dapat RM50k sebulan’ – Lelaki ini kongsi pengalaman beliau mula-mula berhenti kerja



Tidak dinafikan, rata-rata mereka yang berkerja dengan majikan atau lebih dikenali sebagai golongan makan gaji sentiasa mengimpikan untuk bekerja sendiri dengan memulakan perniagaan masing-masing.

Namun, tanpa pelan yang teliti dan keberanian untuk keluar daripada zon selesa, ramai yang dilihat untuk tidak mahu mengejar impian mereka untuk bekerja sendiri.


Bagi memberikan inspirasi kepada golongan-golongan muda khususnya orang-orang Melayu, saudara Shy Feu Din yang merupakan pemilik Saloma Car Rental telah berkongsi pengalaman beliau sewaktu beliau mula-mula melangkah keluar daripada zon selesa. Baca perkongsian beliau di bawah:
Dari kerja makan gaji balance tengah bulan tinggal RM200,kepada pendapatan bulanan RM50000..bagaimana saya berbisnes?sini saya kongsikan sedikit ceritanya.Sekadar perkongsian, jauhkan la sifat riak dari dlm diri inshaAllah semoga bermanfaat…

Trust me

Kalau nak diceritakan pasal hidup susah,saya pernah lalui saat yang boleh membuatkan manusia hilang akal.Kereta kena tarik,makan sekali sehari je.Pernah tidur kat bus stop.Time kita susah ramai kawan-kawan akan hilang.Trust me.


Tapi saya bertuah ditemukan dengan wife yang sangat memahami.Dia terima saya semasa saya tidak mempunyai apa-apa.Duit hantaran pun pun saya tak dapat bagi. Alhamdulillah dipermudahkan urusan semua jika niat kita ikhlas.So jangan takut untuk kahwin.Selepas tu InshaAllah ada rezekinya,
Permulaan ceritanya,saya dan wife Puan Salmah Abd Salim mulakan bisnes Saloma Car Rental pada hampir 3 tahun yang lepas.kami tak tau apa-apa tentang bisnes ni.Main redah je.Permulaan bisnes yang slow cukup-cukup untuk bayar kereta sahaja selama 3-4 bulan pertama.Sentiasa pastikan kereta bersih dan diselenggara dengan baik membuatkan pelanggan kami semakin bertambah.Payment orang juga kami jaga,amanah orang kami pegang.

Perit dan getir bersama

Proper business kena ada proper website jadi kami buat www.salomacarrental.com . Alhamdulillah kami semakin dikenali.Pelanggan dari luar negara semakin ramai.Begitu juga pelanggan dari company-company yang dikenali.Servis kena jaga baru orang akan rekomenkan kita.Kalau ada masalah dengan kenderaan yang disewakan,kami cepat-cepat selesaikan.Hantar orang pergi kat customer dan ganti kereta lain buat sementara.Mempunyai rakan bisnes di seluruh Malaysia menyenangkan kerja-kerja kami.

Buat bisnes kereta sewa tak semudah yang difikirkan.Ada ketikanya kami dapat pelanggan yang bermasalah.Payment tak bayar,kereta accident,buat jenayah dan macam-macam lagi.Kadang-kadang yang berstatus Dato pun liat nak bayar payment.Time dalam masalah macam tu kita kena ingat,dalam rezeki kita,ada rezeki orang lain jadi tau lah apa kesimpulannya.Rajin-rajin la menghulur tapi tak perlulah heboh hehehe.

Stay positive

Kurangkan berlawan lebihkan berkawan.Dalam berbisnes,kita kena ada kawan-kawan yang positif.Kita tak boleh survive dalam bisnes kalau tiada kawan.Kadang-kadang kita bagi sales kat dia,kadang-kadang dia bagi sales kat kita.Itulah gunanya kawan bisnes.Jangan cari musuh bisnes sebab tiada siapa yang akan menang.Juga jauhkan politik sebab kita sendiri tak tau pelanggan kita berpandangan macam mana

Sehingga hari ni selepas hampir 3 tahun,kami mempunyai hampir 40 unit kenderaan pelbagai jenis untuk disewakan dan pendapatan kami bulan lepas adalah lebih RM50000 sebulan.


Kami juga telah membuka satu bengkel membaiki kenderaan atas nama Saloma Auto Services yg beralamat di Kg Sungai Chinchin Gombak.Servis kami lebih murah berbanding bengkel-bengkel biasa yang lain kerana tujuan bengkel ini dibuka adalah untuk mengurangkan kos repair dan servis kenderaan-kenderaan dibawah Saloma Car Rental.InshaAllah akan membuka bengkel cat kereta pula tak lama lagi.


So nasihat saya..kepada yang nak berbisnes,jangan takut.Akan ada mulut-mulut yang mengatakan..kau tak boleh buat ni kau tak boleh buat tu.Redah je.Bukan mereka yang bagi kamu makan.Jujurlah dalam berbisnes InshaAllah rezeki akan jujur juga pada kamu.Peace no war


sumber

No comments

Powered by Blogger.